Inai masih merah, pengantin baru pengs4n di hospital selepas tengok keadaan suami kemaIangan

KETIKA inai di jari masih belum hilang warnanya, pasangan pengantin baru ini diuji dengan hebat.

Baru 10 hari melayari alam rumah tangga, si suami ceder4 p4rah kerana terlibat dengan kem4langan jalan raya yang mengakibatkannya terlantar sehingga kini.

Menurut Ummin Kalsom Ramli, suaminya, Mohd Irfan Mohd Remli, 25, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai milik sepupunya, sebelum motosikal yang ditunggangi dil4nggar oleh sebuah kereta.

Akibat kem4langan tersebut, suaminya yang merupakan pekerja bagi sebuah syarikat penyelenggaraan jalan raya mengalami luka p4rah di tangan kanan, keceder4an pada tulang tengkuk dan hampir 80 peratus anggota badan pada sebelah kanannya p4tah.

Trag3di tersebut berlaku pada 4 Julai lalu, 10 hari selepas pasangan ini diijabkabulkan pada 25 Jun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Hampir tiga bulan berlalu, namun segala-galanya masih jelas terlayar di hadapan mata wanita berusia 26 tahun ini.

“Saya menetap bersama ibu mentua di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Malam tu sementara tunggu suami pulang, kami bersembang sampailah ke tengah malam. Selalunya bersembang tak sampai lewat pun.

“Baru je nak letak kepala dekat bantal, saya dapat panggilan mengatakan suami kem4langan. Teruslah kami bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, macam-macam benda bermain dalam kepala tapi saya harap keadaanya tak tervk.

“Tapi sebaik saja tengok dia depan mata dekat hospital, terus saya reb4h dan pengs4n. Dengan tangan kanannya yang p4rah dan tubuh berlumuran darah. Tak sangka keceder4annya tak seperti yang saya fikirkan,” ujarnya yang senang disapa Ummin.

suami accident 1

Suami Ummin ceder4 p4rah akibat dil4nggar kereta dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama 11 hari.

Menurut wanita ini, selepas tiga siri pembed4han dan rawatan, keadaan suaminya bertambah baik namun masih terlantar sehingga kini.

Demi sayang, wanita ini berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh perhatian sepanjang tempoh rawatan dan proses pemulihan suaminya.

“Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami untuk beri kata-kata sokongan dan semangat kepadanya. Pernah beberapa kali dia down dan sedih sebab keadaannya tak sama macam dulu.

suami accident 2

Ummin setia berada di sisi sehingga sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada suaminya.

“Setiap kali itulah, saya akan pujuk dan tegaskan yang saya tak akan tinggalkannya. Dia s4kit, saya pun terasa s4kitnya. Ini ujian buat kami berdua dan biarlah hadapi bersama-sama.

“Sememangnya kekangan yang kami hadapi ketika ini adalah dari sudut kewangan memandangkan kami berdua tidak bekerja sekarang. Alhamdulillah ada kawan-kawan suami yang pemurah dan baik hati, keluarga dan orang terdekat yang prihatin.

“Cuma terkil4n sedikit apabila pihak di sana seolah-olah tak hirau keadaan kami sedangkan dia yang melanggar dan dilaporkan di bawah pengaruh d4dah. Bab itu, saya hanya mampu serah kepada Allah,” ujarnya yang sebelum ini bekerja di stesen minyak.

Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami.

UMMIN KALSOM RAMLI

ISTERI

Tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai, Ummin dalam masa sama meluahkan rasa terharu kerana tidak putus-putus menerima kata-kata semangat dan doa daripada netizen.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada yang doakan kesembuhan suami, dan kata-kata semangat untuk kami walaupun tak saling mengenali.

suami accident 3

Ummin tetap berharap agar suaminya pulih seperti dahulu meskipun mengambil masa yang lama.

“Harapan saya satu saja, nak tengok suami sembuh seperti dulu walaupun doktor kata mungkin ambil masa setahun lebih juga. InsyaAllah suami akan jalani pembedah4n keempat pada November depan. Teruslah doakan kami.

“Buat orang di luar sana, hati-hati memandu kenderaan, jadi pemandu berhemah dan janganlah pentingkan diri hingga bahay4kan nyawa orang lain. Ingatlah mereka juga ada isteri serta keluarga,” katanya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*