Foto Terbaharu Mawar Rashid Dipuji Macam Barbie, “Sekali Pandang Nampak Mira Filzah”

Pelakon dan usahawan Mawar Rashid sememangnya memiliki aura dan kecantikannya yang tersendiri. Mula menceburi bidang hiburan selepas menyertai Dewi Remaja, nama Mawar Rashid masih menjadi sebutan dengan memiliki barisan peminatnya tersendiri.

Walau bagaimanapun, perkongsian satu foto terbaharu Mawar Rashid ini dikatakan iras Mira Filzah. Dalam perkongsian tersebut kelihatan Mawar Rashid bersiap cantik dengan solekan penuh dan gaya berpakaian lain dari kebiasaannya.

Mungkin disebabkan pemilihan pakaian dan cara Mawar menggayakannya lebih kurang sama seperti Mira Filzah dalam drama The Hotel yang kini sedang ditayangkan di Astro menjadi penyebab kenapa ramai yang mengeluarkan pendapat sebegitu.

Berikut adalah perkongsian foto terbaharu Mawar Rashid dikatakan iras Mira Filzah yang dimuat naik di Instagram milik selebriti ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ?????? (@mawarashid)

Perkongsian foto ini meraih lebih 25 ribu likes. Ini pula adalah perbezaan antara Mawar Rashid dan Mira Filzah dalam drama tersebut:

Mawar rashid iras mira filzah 4

Korang rasa nampak hampir sama tak? Apa-apa pun berikut adalah reaksi warganet mengatakan foto terbaharu Mawar Rashid dikatakan iras Mira Filzah yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Sekali pandang nampak Mira Filzah”

Mawar rashid iras mira filzah 3

“Mummy rose cantiknya. Super mummy bethol”

Mawar rashid iras mira filzah 2

“Macam Mira Filzah dalam drama The Hotel bahahaha. Comel”

Mawar rashid iras mira filzah 1

SumberMawar Rashid

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*