Gadis bersiap hias diri ala-ala dapat jemputan dari istana…part last tu kalau tuan empunya badan nampak…

“INI namanya berangan kahwin dengan anak raja,” begitulah antara komen netizen terhadap video seorang gadis yang bersiap-siap, teruja untuk menghadiri satu majlis jemputan dari istana.

Rakaman tersebut menunjukkan gadis itu membuat persediaan rapi menghias diri dengan menggosok baju dan tudung, memakai set aksesori sebelum dia akhirnya dilihat berdiri di sebelah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelas sekali perkongsian itu hanyalah sebuah ‘video berangan’ dan ia setakat ini meraih hampir 280,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Alia Mohd Acha, 20, berkata, tujuan dia membuat video tersebut tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan rasa bosan selain mahu menyakat sepupunya, Syasya Batrisyia Zainuddin yang berusia 15 tahun.

Menurut Nur Alia, sepupunya itu adalah salah seorang peminat anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Video tu sebenarnya diambil pada awal Mac lalu, waktu tu saya bosan duduk di rumah dengan sepupu. Dia tinggal dengan saya selama tiga bulan sebab saya sunyi dan tak ada kawan selepas ibu meninggal.

“Saya dapat tahu yang dia minat sangat dengan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Jadi saya pun buatlah video tu, kononnya saya pula dijemput untuk hadir ke majlis di istana dan dapat bergambar dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

IMG_7271

Alia memadankan baju kurung bersama aksesori milik arw4h ibunya di dalam video tersebut.

“Petang tu juga saya gosok baju dan siapkan segala aksesori yang diperlukan, bila agak-agak macam di rumah tak ada orang baru rekod video. Proses nak edit semuanya ambil masa dalam 30 minit saja sebab saya memang minat edit video,” katanya yang menetap di Ayer Keroh, Melaka.

Mesra disapa Alia, dia berkata ramai yang terhibur melihat hasil videonya yang berangan-angan dijemput sebagai tetamu majlis di istana.

Namun lain pula bagi bapanya, Mohd Acha Abd Manaf, 57, yang terus teringatkan arw4h isteri tercinta, Nor Azah Rahmat, 53, yang telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga pada Disember 2020.

“Kawan-kawan dan keluarga terhibur tengok hasil video tersebut, mereka cakap saya ni kuat berangan. Abang pula asyik bahan saya sebab bebaju kurung lengkap dengan aksesori di dalam rumah.

“Tapi ayah kata saya kelihatan sama seperti arw4h ibu bila saya pakai macam tu. Sebab baju yang saya pakai tu memang sedondon dengan ibu waktu raya tahun 2019 dan aksesori tu pun ayah belikan untuk arw4h ibu.

“Waktu ayah tegur tu memang rasa sedihlah sebab masa tu masih terasa lagi kehilang4n ibu, lagipun saya sempat jaga ibu sehingga dia menghembusk4n nafas terakhir. Saya menangis waktu nak edit video tu kerana terkenangkan apa yang ayah cakap sebelum itu.

Waktu ayah tegur tu memang rasa sedihlah sebab masa tu masih terasa lagi kehil4ngan ibu.

NUR ALIA MOHD ACHA

“Ibu meninggalkan kami sekeluarga pada Disember 2019 kerana overd0se makan ubat akibat sakit kaki yang dialaminya sejak Oktober,” ujarnya pelajar Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di Utem, Durian Tunggal, Melaka ini.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini, dia tidak menyangka videonya akan viral apatah lagi mengharapkan sebarang perhatian daripada mana-mana pihak.

Dia dalam masa yang sama turut berharap agar tiada yang tersalah anggap dengan video yang dimuat naiknya itu kerana ia sekadar content untuk tujuan hiburan semata-mata.

“Saya tak berharap apa-apa pun sebab ia dibuat sekadar untuk suka-suka sahaja.

Alia (dua, kiri) merakam video ini bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

“Saya harap tak adalah yang salah anggap tentang video saya ni. Tujuan saya buat pun hanya sekadar nak menghiburkan diri sendiri.

“Kawan-kawan memang dah tahu yang saya memang suka bab-bab buat video macam ni,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*