Orangnya bukan sahaja cantik tetapi juga bergaya, bijak dan suka berdikari. Meskipun lahir dalam keluarga berada yang memiliki perniagaan berasaskan berlian dan emas permata namun Marissa Dato’ Seri Meer Sadik Habib tetap merendah diri.
Melihat personaliti Marissa yang cukup menyenangkan jelas terbukti dia mendapat asas didikan yang sempurna daripada kedua-dua ibu bapanya.
Bergelar anak dan juga pewaris legasi Habib nyata bukan satu tiket mudah untuk Marissa hidup mewah. Sebaliknya wanita yang gemar tersenyum ini mengakui dia perlu bekerja keras demi mengejar sebuah kejayaan peribadi.
Melewati usia 27 tahun, Marissa sudah tahu hala tuju hidup dan memutuskan untuk mengikut jejak langkah bapanya yang berkecimpung dalam perniagaan barangan kemas.
Difahamkan, empayar Habib mula diasaskan oleh datuk Marissa iaitu Datuk Haji Habib sejak lebih 60 tahun yang lalu. Bersandarkan kualiti dan harga yang ditawarkan Habib, jenama barang kemas ini sudah sinonim dan dikenali dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Mengintai latar belakang Marissa, figura berwajah manis ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda bidang perniagaan dan ekonomi dari University of Edinburgh, Scotland. Kira-kira tiga tahun lalu, Marissa telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Gemologi.
Mengulas lanjut mengenai bidang yang dipelajari, Marissa berkata, “Saya melanjutkan pelajaran di Gemological Institute of America (GIA), California selama setahun yang memerlukan saya untuk mengkaji dan klasifikasikan kualiti terhadap berlian. Bidang ini juga sebenarnya memerlukan saya untuk mengenal pasti batu Ruby yang asli mahupun tirvan dan daripada mana ia wujud.”
Minat yang mendalam dalam bidang Gemologi ini membuatkan Marissa terus bersemangat meneruskan pengajian dalam lapangan yang sama seperti ayahnya, Dato’ Seri Meer Sadik Habib yang juga Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd.
Ujarnya lagi, “Tiada paksaan daripada ayah sebab memang saya sendiri yang berminat mencebvrkan diri dalam bidang ini. Tak sangka, saya dan ayah sama-sama belajar bidang yang sama di pusat pengajian yang sama.
Bidang ini memang susah dan saya perlu fokus sepenuhnya dalam pelajaran. Tapi syukur sebab saya di kelilingi rakan-rakan kuliah dan keluarga yang memberi sokongan dan membuatkan proses pembelajaran jadi seronok!”
Ditanya adakah dia menerima layanan istimewa kerana bergelar anak kepada pemilik Habib Jewels dan lahir dari keluarga yang kaya, sambil menggelengkan kepala dia menyusun
bicara. “Tidak! Sebenarnya perkara ini saya tak kongsikan dengan ramai orang. Saya berpindah ke Hong Kong selama setahun untuk bekerja di salah sebuah syarikat di sana
untuk mencari pengalaman. Di samping itu juga saya tak mahu hanya terikat dengan syarikat milik keluarga.
Dalam masa sama, saya mahu belajar berdikari dan mencabar diri berada di tempat orang supaya saya boleh membawa pembaharuan kepada syarikat milik keluarga dan juga industri barangan kemas di Malaysia pada masa akan datang.
Tidak dinafikan apabila bekerja dengan keluarga, saya boleh ‘lari’ daripada sebarang masalah kerana ayah saya ialah boss. Tapi saya tidak mahu jadi seperti itu. Bekerja dengan keluarga juga merupakan satu cabaran kerana saya perlu beri contoh yang terbaik.
Apa yang paling penting dalam kehidupan ialah kena cari apa yang anda minat, yang boleh buatkan kita teruja untuk bekerja dan lakukan sesuatu pekerjaan bukan kerana paksaan. Asah bakat anda dalam apa jua bidang dan terus belajar perkara-perkara baru,” pesan
Kecek4lan Habib jadi inspirasi keluarga
“Gurauan ayah paling dirindui dan semoga kejayaan ayah membangunkan syarikat Habib Jewels akan terus menjadi inspirasi kepada keluarga serta masyarakat.”
Demikian kata Datuk Seri Meer Sadik, anak ketiga pengasas syarikat Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed, 92, berikutan kem4tian bapanya pada jam 4.26 pagi pada tahun 2018 di Hospital Gleneagles.
Meer Sadik, yang juga Pengarah Urusan Habib Jewels, berkata bapanya meningg4l dunia selepas dua minggu k0ma akibat terjatuh di bilik air di rumahnya.
Namun, katanya, beliau redha dan bersyukur kerana hasrat bapanya bagi melihat kejayaan empayar perniagaan barangan kemas sudah tercapai.
“Bapa seorang yang sangat teliti, mempunyai pelbagai idea menarik dan kreatif bagi memperluaskan perniagaan, malah gemar bergurau dengan keluarga serta pekerja menyebabkan arw4h disenangi dan disayangi,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Bercerita mengenai kenangan manis, Meer Sadik berkata, beliau antara anak yang paling rapat dengan bapanya tambahan pula sebagai anak lelaki tunggal di kalangan lima beradik.
Katanya, ketika berkumpul bersama keluarga, bapanya gemar bercerita mengenai susah senang membangunkan perniagaan barangan kemas miliknya sehingga dikenali pada peringkat antarabangsa.
“Bila bercerita mengenai ayah, saya teringat kenangan pada waktu kecil, kami sering ke Kebun Bunga (Taman Botani) dan berkelah di pantai manakala hari Ahad adalah bagi berkumpul bersama keluarga.
“Sikapnya yang perlu dicontohi ialah beliau tidak lupa kepada golongan kurang berkemampuan dan gemar mengadakan jamuan makan di sekitar Masjid Kapitan Keling dan peniaga di kawasan itu sudah dianggap sebagai keluarganya,” katanya lagi.
Habib meningg4lkan lima anak iaitu Siraj, Zabariah, Siti Jawaahari, Meer Sadik dan Siti Shariffah, sembilan cucu dan satu cicit manakala isterinya, Ummul Latifah sudah meningg4l dunia pada 2007 akibat sakit tva.
Jenaz4h disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling selepas waktu Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Jalan Perak.
Premis pertama Habib Jewels pada 1958 di Lebuh Pitt, Jalan Kapitan Keling, dekat sini, dibangunkan dengan modal RM3,800 bagi memulakan perniagaan memborong emas untuk membeli barang kemas daripada kedai pajak.
Difahamkan, Habib memilih Jalan Kapitan Keling kerana laluan terbabit dipenuhi kedai emas sehingga digelar ‘Jewel’s Corner’ dalam kalangan masyarakat tempatan.
Tujuan asal Habib meneroka perniagaan emas ketika itu, hanya kerana mahu mencari rezeki menyara keluarga selain beranggapan bidang terbabit lebih stabil berbanding perniagaan lain.
Habib Jewels kini mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh negara, selain berkembang ke Hong Kong, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Asia Barat dan Eropah.
Ia pernah dinobatkan antara jenama terbaik dalam kategori perniagaan barang kemas di ‘Campaign Asia Pacific’ dan ‘TNS Asia Top 1,000 Brands’ selama tiga tahun berturut-turut mulai 2012.
Perniagaan Habib Jewels kini bukan sahaja terhad kepada emas, tetapi membabitkan batu permata, berlian, barang kemas buatan tangan dan aksesori selain mencebvri industri perhotelan dan kedai pajak gadai Ar-Rahnu Express yang berlandaskan syariah selain menjalankan usaha sama dengan beberapa jenama antarabangsa.
PENGASAS Habib Jewels Datuk Habib Mohamed, 92, meningg4l dunia awal pagi tahun 2018 selepas k0ma dua minggu akibat terj4tuh di dalam bilik air di kediamannya di Jalan Pinhorn. – Foto BERNAMA
sumber: nona, astroawani
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: http://trendingsangat.pw/
Leave a Reply