“Udohla Menantu Cantik Pandai Masak Pulak..”Elisya Sandha K0ngsi Pengal4man J4di Isteri

Menerusi perkongsian di Insta Story, Elisya berkata menjadi isteri adalah pengalaman menakjubkan dan perkahwinan adalah amanah daripada Allah menjadikan dia memiliki rasa tanggungjawab.

“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan. Saya tak sabar untuk melalui hari-hari baharu dalam hidup saya,” tulisnya.

Ditanya mengenai keputusannya berkahwin di usia muda apatah lagi ketika kerjayanya sedang berkembang, Elisya berkata dia percaya dengan rezeki Allah.

“Memang industri hiburan di Malaysia ada pemikiran macam ni eh? Saya bukan Tuhan yang boleh pilih jodoh datang bila. Jodoh saya sampai awal saya terima.

“Saya juga meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Allah. Saya percaya dengan rezeki yang Allah bagi,” katanya.

Bapa mertua Jinggo juga turut berkongsi video gelagat pertama menantu kesayanganya telah memasak satu hidangan istimewa buatnya.

Sabtu lalu, Elisya selamat bergelar isteri kepada anak sulung penerbit terkenal, Shiela Rusly iaitu Uzair Haqimy di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*