Kita Takda Duit Nak Makan Sejak PKP, Tapi 10 Individu Ini Pula Menjadi Jutawan Dalam Memer4ngi Cov1d-19

10 JUTAWAN COV1D-19

Badai p4ndemik yang telah melanda seluruh dunia menyebabkan banyak sektor ekonomi tergug4t.

Namun di dalam kemeIut w4bak ini, sesetengah pemilik syarikat dari serata dunia berjaya meraih kekayaan dengan mengambil peluang situasi ini bagi menjana pendapatan lumayan.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, terdapat pertambahan sebanyak 660 individu yang berjaya meraih gelaran hartawan pada tahun ini.

Kebanyakan daripada hartawan ini berlatarbelakangkan perniagaan dalam menghasilkan vaksin, pengedar ubat-ubatan serta alat kelengkapan seperti PPE dan pelitup muka.

Mari kita kenali 10 jutawan terpilih yang berjaya memasuki carta Forbes pada tahun ini.

10 Individu Yang Menjadi Jutawan Dalam Memer4ngi Cov1d-19

1. Li Jianquan dan keluarga (Hong Kong)

Nilai kekayaan : AS$ 6.8 bilion (RM 28 bilion)

Merupakan orang ke-17 yang terkaya di Hong Kong, Li Jianquan memiliki syarikat Winner Medical, iaitu antara pengeluar terbesar bagi pelitup muka dan PPE yang berjaya menembusi pasaran seluruh dunia dalam melawan wab4k Cov1d-19 ketika ini.

Kredit Foto : supchina.com

2. Stephane Bancel (Perancis)

Nilai kekayaan : AS$4.3 bilion (RM 17.8 bilion)

Stephane Bancel memegang jawatan CEO bagi syarikat bioteknologi Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts. Pada 18 Disember 2020, v4ksin keluaran syarikatnya telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Stephane juga memegang tiga gulung ijazah sarjana dalam bidang perniagaan (MBA) dan kejuruteraan dari universiti berprestij di Perancis dan Amerika Syarikat.

Kredit Foto : forbes.com.br

3. Liu Fangyi (China)

Nilai kekayaan: AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion)

Liu Fangyi merupakan pengasas dan CEO bagi Intco Medical Technology, iaitu syarikat yang mengeluarkan kelengkapan PPE seperti sarung tangan perubatan, pelitup muka serta peralatan hospital lain seperti cecair pembasmi kum4n, kerusi roda dan kain gauze kasa.

Kredit Foto : utusan.com.my

4. Ugur Sahin (Jerman)

Nilai kekayaan: AS$4 bilion (RM16.6 bilion)

Bagi yang mendapat suntikan Pfizer, inilah individu yang berjaya menghasilkannya. Ugur Sahin yang juga merupakan CEO bagi syarikat BioNtech berjaya menghasilkan vaksin Pfizer bersama isterinya dengan kerjasama syarikat gergasi farmasi di Amerika Syarikat.

Dengan keberkesanan sehingga 90%, pasangan ini merupakan satu-satunya saintis muslim yang berjaya menghasilkan vaksin bagi membendung penularan w4bak Cov1d-19.

Kredit Foto : forbes.com.br

5. Yuan Liping (Kanada)

Nilai kekayaan: AS$3.6 bilion (RM14.9 bilion)

Setelah bercer4i dengan pengerusi firma Shenzen Kangtai Biological Products. Du Weimin, Yuan Liping kini memegang sebanyak 24 % daripada jumlah saham syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Dengan termeterainya perjanjian bersama syarikat farmaseutikal di Britain, Astrazaneca pada Ogos lalu, syarikat ini bermatlamat untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 juta dos vaksin Cov1d-19 bagi melawan penul4ran Cov1d-19.

6) Hu Kun (China)

Nilai kekayaan: AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion)

Hu Kun berperanan sebagai pengerusi Contec Medical Systems, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai produk dalam bidang perubatan termasuklah pulse oximeter dan peranti khas bagi memeriksa kesihatan paru-paru.

Jutawan covid-19

7) Chen Xiao Ying (China)

Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion).

Wanita ini merupakan pelabur bagi Alibaba Health Information Technology. Syarikat ini telah mengadakan perjanjian dengan penghasil vaksin Sinovac pada September lalu bagi menghasilkan platform digital sebagai usaha mengedarkan vaksin Cov1d-19 ini.

8) Dai Lizhong (China)

Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)

Pada Mei 2020, syarikat yang diterajui Dai Lizhong, Sansure Biotech telah berjaya mendapatkan kelulusan FDA bagi memasarkan kit ujian Cov1d-19 kepada pasaran seluruh dunia.

Jutawan covid-19

9) Karin Sartorius-Herbst (Jerman)

Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)

Beliau merupakan seorang pemegang saham bagi syarikat biofarmaseutikal, Sartiorus AS, iaitu pengeluar bagi peralatan ujian Cov1d-19.

Jutawan covid-19

10) Prof. Timothy Springer (AS)

Nilai kekayaan: AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion)

Prof Springer meraih kekayaan sebagai pelabur bagi syarikat Moderna sejak tahun 2010. Beliau juga merupakan seorang pakar immunologi dan profesor dalam bidang kimia biologikal dan farmakologi molekular di Harvard Medical School.

Kredit Foto : forbes.com.br

Individu-individu ini berjaya membuktikan bahawa kejayaan masih boleh dicapai jika kita bijak mengambil kesempatan dengan kepakaran yang dimiliki.

Mereka juga telah banyak berjasa dalam melindungi ramai petugas barisan hadapan serta menghasilkan vaksin dengan keberkesanan yang tinggi bagi membendung penularan Cov1d-19 yang kian mengg4nas.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://siraplimau.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*