Aliff Syukri Pecah Lubang DS Vida Bakal Kahwin Dengan Jejaka Bernama Iqbal?

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin, betul ke?

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Foto – @ahmadiqbalzulkefli (Instagram)

“Mana Iqbal? Dengar cerita nak kahwin. DS kahwin dengan Iqbal lah”, cakap DS Aliff.

Dalam perbualan tersebut, DS Aliff mendedahkan dia mahukan Iba dan DS Vida berkahwin. Tidak mahu mengambil serius akan hal tersebut, ini respon DS Vida;

“Tak adalah. Kita kena cari orang yang sama dengan kita, separuh abad ini”, balas DS Vida.

Tambah DS Aliff tidak salah untuk memilih dan menerima Iba sebagai calon suaminya. Ujarnya walaupun Iba lebih muda daripada DS Vida, tidak bermakna Iba tidak matang dalam kehidupannya.

“Pucuk muda lagi muda kan DS. Yang muda tak semestinya tak matang, yang tua tak semestinya matang”, selor0h DS Aliff.

Manakala Iba pula menjelaskan DS Aliff suka bergurau dan sering bertanyakan soalan sebegitu jika bertemu atau berbual dengan DS Vida.

Apa pendapat kamu, setuju tak?

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber  :  https://murai.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*