“Anak Dah Boleh Keluar Wad, Shahrol Sepatutnya Keluar Hari Ni Tapi…” – Isteri Shahrol Shiro

Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanan Syamimi mengesahkan suaminya dimasukkan ke wad pada Ahad lalu kerana sinvsitis.

Nor Farhanan atau lebih mesra disapa Anna itu berkata Shahrol dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembed4han kali ketiga sinvsitis.

“Shahrol dit4han di wad sejak Ahad lalu selepas tiga minggu men4han s4kit, sampai tak boleh nak tidur malam pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Itu yang pergi hospital dan scan…Tengok-tengok dah ada n4nah di rongga hidung dan mata. Shahrol menjalani pembed4han pada Selalu lalu untuk membuang n4nah tersebut.

“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Sepatutnya dah boleh balik hari ni tapi masih ada pend4rahan, mungkin dalam dua tiga hari ini dibenarkan pulang.

“Harap-harap sinus dia okay selepas kali ketiga pembed4han ini,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai keadaan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, 8 bulan, yang juga sedang diraw4t di hospital, Anna berkata keadaannya sudah semakin baik.

“Alhamdulillah, Ismail sebenarnya mengalami dem4m panas ketika ayah dia dimasukkan ke hospital Ahad lalu.

“Namun selepas dua hari memantau, keadaan Ismail nampak membimbangk4n dan dia ditahan di wad.

“Dalam masa sama saya juga risaukan Rizqi (anak sulung). Mujur kakak saya ada dan dia yang jaga Rizqi sepanjang saya menemani Ismail di hospital.

“Ismail dah boleh keluar hari ini dah semakin ceria,” katanya.
Dalam pada itu Anna mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan suami dan anaknya.

“Insya-Allah, Shahrol baik-baik sahaja. Terima kasih yang beri kata-kata semangat dan p0sitif buat suami.

“Kepada yang mendoakan Ismail juga, terima kasih ya,” katanya dalam nada terharu.

Terdahulu, Shahrol berkongsi mengenai perkembangan terkininya di hospital menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Dalam entri tersebut Shahrol memohon maaf kepada semua yang tidak dapat menghubunginya sejak tiga hari lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*