Menerusi entri terbaru Remy Ishak dalam Instagram miliknya, beliau berkongsi dengan peminat peminat nya klip durasi pendek dengan mengucapakan syukur diatas anugerah/hadiah pemberian daripada istana.
Kapsyen penuh Remy Ishak:
“PATIK DAN ISTERI MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH, KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH DAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ, atas anugerah perkahwinan dari Istana kepada kami berdua. Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia ALLAH SWT buat TUANKU & TUNKU.
Video Dibawah:
Komen komen daripada netizen:
“Bertuah nya, mesti raja permaisuri suka Remy Ishak..” – netizen
Terdahulu, Remy Ishak ada berpesan juga “Jika ada yang patah hati, tolong maafkan saya.”
Itu ungkapan pelakon kacak Remy Ishak terhadap perkongsian video dan luahan patah hati peminat, terutama wanita yang kecewa dengan statusnya kini sudah bergelar suami orang.
Dalam satu hantaran Instagram hari ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, banyak menerima beberapa video dan mesej yang memaparkan gelagat wanita meluahkan rasa kekecewaan apabila aktor pujaan mereka sudah bernikah.
“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej daripada kawan-kawan dan keluarga yang menghantar video seperti ini. Saya tahu mereka semua adalah peminat yang bergurau untuk menceriakan hari saya tetapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya,” ujarnya.
View this post on Instagram
Bagi menenangkan hati semua yang kecewa, pelakon Pujaan Hati Kanda itu berjanji akan terus menghiburkan para peminatnya dalam setiap projek yang akan datang.
“Insya-Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya,” katanya lagi.
Semalam, ribuan hati peminat lelaki dengan jolokan Hero Pujaan Malaya itu punah selepas dia selamat bernikah dengan suri hatinya yang juga seorang usahawan, Ezza Yusof, 38, dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Negara.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: IG Remy Ishak
Leave a Reply