Ini kata2 Remy Ishak selepas dpt tahu ada peminat yg pat4h hati

KELAKAR dan mencuit hati.

Macam-macam ragam peminat Remy Ishak meluahkan perasaan di media sosial apabila ‘hero Malaya’ kesayangan mereka selamat bernikah pada Sabtu.

Malah boleh dikatakan Remy sendiri sempat menonton video-video kreatif ‘hadiah’ perkahwinan yang dihasilkan peminatnya termasuk luahan ‘patah hati’ di laman sosial.

Bagaimanapun Remy berkata, dia meminta maaf jika ada peminat yang betul-betul kecewa dengan keputusannya untuk berumah tangga.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.

“Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya. Tapi kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya,” ujarnya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda turut memuat baik sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita sedang bersedih dengan iringan lagu nyanyian Rossa berjudul Hati Yang Kau S4kiti.

Menerusi video berkenaan turut disertakan sebuah artikel mStar bertajuk Remy nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati – “Baik dan burvk dia saya tahu”.

Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya.

Dalam pada itu, Remy berkata, biarpun sudah bergelar suami orang, dia tetap akan meneruskan kerjaya lakonan dan menghiburkan peminat-peminatnya.

“InsyaAllah saya akan tetap menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang.

“Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya” ujarnya lagi.

Remy Ishak and Ezza Yusof are now a married couple. Photo: riseandwin.asia/InstagramRemy dan Ezza disatukan sebagai suami isteri pada petang Sabtu.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 1 petang Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

PATAH hati, kec3wa dengan imoji ‘broken heart’ antara yang ditinggalkan peminat di Instagram milik pelakon Remy Ishak sejak malam Khamis.

Pengumuman Remy untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan iaitu Ezza Yusof nampaknya memberi kesan kepada segelintir peminat pelakon filem Pulang itu.

Walaupun ada yang kec3wa, ramai juga yang memberi sokongan dan mendoakan majlis perkahwinan pada Sabtu ini berjalan lancar.

“Saya baca berita, tahniah crush. Tak sangka dia dah nak kahwin, sedihnya.

Antara komen peminat (kiri) dan status Ezza.

“Saya kec3wa, terngiang-ngiang dia nak nikah Sabtu ni. Tapi saya tetap minat Remy. Wife tolak tepi.

“Tahniah… 21 Ogos ni hari patah hati. Saya minat sangat abang Remy,” demikian antara komen netizen.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*