‘Dunia Pun Belum Stabil, Rileks Dulu Fikir Soal Anak’ – Remy Ishak

Aktor kacak Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof sah menjadi pasangan suami isteri pada pukul 1.00 petang hari ini. Sudah jadi kebiasaan soalan anak akan diajukan dan semestinya Remy tidak terlepas daripada diusik oleh media pada pagi semalam ketika sesi yang diadakan secara maya.

Dua tahun honeymoon dulu

Menurut Remy, 39, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk menimang cahaya mata sepanjang tempoh dua tahun  perkahwinan.

Kata pemilik nama Zalimie Ishak, dia mahu memberi fokus terhadap kehidupannya bersama Ezza selain menstabilkan ekonomi sebelum mereka menjadi ibu bapa.

Dunia pun tak stabil lagi sekarang begitu juga ekonomi dan situasi politik negara. Sepanjang tempoh dua tahun akan datang kita rileks dulu, tak perlu nak memikirkan soal anak-anak. Tapi kalau Allah kurniakan, Alhamdulillah…

Tapi untuk ada lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun, ia tak mungkin akan berlaku.

Tak berhenti berlakon

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar menegaskan biar pun ada segelintir rakan selebriti memilih untuk memperlahankan karier selepas berkahwin, dia pula tidak akan sesekali meninggalkan dunia lakonan.

Menurutnya, dia akan terus berkarya kerana itu adalah minat namun pada masa sama akan terus mengembangkan dalam bidang lain terutamanya dalam bisnes.

Saya sudah memikirkan soal 10 tahun akan datang, memang ada plan. Saya akan terus berlakon kerana itu adalah minat dan saya seronok melakukannya. Tetapi saya tak akan hanya fokus kepada berlakon semata-mata.

Dia (Ezza) ada bisnes dan saya pun ada bisnes. Saya tak jadikan lakonan 100 peratus punca pencarian saya dan akan buat sesuatu yang berbeza. Dunia lakonan akan tetap ada dalam hidup, sama dengan dunia baharu saya iaitu perniagaan.

Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejvtan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran. Ia sekali gus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Cov1d-19 majlis itu terpaksa dibatalkan.

Sumber: Instagram @remyishak, @ezzarl

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*