PETALING JAYA – Pelakon Elisya Sandha terharu menyaksikan kegigihan dan usaha tunangnya, Uzair Haqimy yang sanggup menjual lemang demi mengumpul wang perkahwinan mereka.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, adik bongsu kepada pelakon Fasha Sandha itu dilihat sedang bersahur dengan menu lemang dan rendang pemberian kekasihnya itu.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, 22, turut memuji air tangan bakal suaminya dan mengakui tersentuh dengan kesungguhan Uzair menjual lemang tanpa segan silu.
“Salam sahur. Encik tunang ada hantar lemang. Saya doakan awak selalu @uzairhaqimy69. Katanya nak cari duit kahwin. Terharu rasanya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Uzair turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada buah hatinya itu dan menyatakan sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan keluarga mereka kelak.
Sejak memulakan operasi beberapa hari lalu, permintaan terhadap lemang air tangan anak pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly dan Jinggo itu terjual lebih 300 batang sehari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat menyatakan keinginan untuk merasa sendiri lemang yang dijual Uzair.
Terdahulu, Elisya mengikat tali pertunangan dengan Uzair yang merupakan anak sulung pasangan penerbit JS Pictures itu ada 31 Januari lalu. Mengikut perancangan keluarga, pasangan itu akan disatukan pada tahun depan. – K! ONLINE.
komen peminat
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: http://asaskehidupan.com/
Leave a Reply