
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.
“Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.
“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri Yaakob
Seorang peguam dari segi kelulusan anak kelahiran Temerloh, Pahang ini, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hanya mula menjadi seorang ahli parlimen pada tahun 2004 selepas memenangi pilihanraya kerusi parlimen Bera. Beliau kekal menjawat beberapa jawatan menteri dalam kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke 5 dan ke 6.
Perubahan kerajaan menyaksikan Dato’ Sri Ismail menggalas tanggungjawab sebagai ketua pembangkang dalam parlimen selama hampir setahun sebelum peralihan kuasa menyaksikan beliau naik menjadi Menteri Pertahanan dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.
Banyak pihak menyebut Dato’ Sri Ismail sebagai calon paling realistik untuk naik menjadi PM ke 9. disebabkan kedudukannya yang sudah menjawat jawatan Timbalan.
Sesuatu yang mungkin tidak ramai sedar, beliau adalah ayah kepada penyanyi Dafi yang satu masa dulu cukup digilai anak gadis kita dan ayah mertua kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dari Indonesia.
Ahli Parlimen Bera yang lahir pada 18 Januari 1960 itu adalah Naib Presiden UMNO dan dilantik menyertai Kabinet Muhyiddin serta diserahkan kerusi Kementerian Pertahanan sebagai Menteri Kanan pada 10 Mac 2020.
Menurut Wikipedia, Ismail Sabri melanjutkan pengajian di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya pada 1980, dan kemudian memulakan kerjaya guaman pada 1985, beliau berkahwin dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak.
Dunia politik beliau semakin cerah setelah mula menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh dengan memegang beberapa jawatan penting. Setelah menceburi politik beberapa tahun kemudian, Ismail Sabri dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995
Kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Bera dan menang dengan majoriti 18,051 undi, sekali gus terus diangkat menjadi Menteri Belia dan Sukan oleh Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Lalu, bermulakan langkah Ismail Sabri di dalam Kabinet kerajaan. Pernah menggalas Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam masa itu banyak program yang telah diusahakannya, termasuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia, jihad memerangi orang tengah, MARA Digital, dan membandarkan luar bandar.
Ismail Sabri dilihat pada kaca mata umum adalah seorang individu yang simple dalam segala hal. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati serta ramah membuatkan kehadirannya di mana-mana pun sentiasa mendapat sambutan masyarakat.
Tiada rekod dan laporan mengatakan beliau terbabit dalam salah laku atau penyelewengan wang kerajaan Namun, beliau tidak lari daripada mencetuskan beberapa kontroversi kecil seperti seruan boikot, Law Yat 2, pembatalan penajaan Universiti Taylor, vape dan rokok elektronik.
Kenyataannya pada 13 April 2018 menimbulkan kontroversi apabila beliau mengatakan setiap undi untuk DAP adalah seperti memberi kuasa kepada Pakatan Harapan untuk menghapuskan hak istimewa Melayu dan keunikan dalam Islam.
Namun segala kontroversi itu tidak menjadikan beliau tidak layak untuk jawatan Perdana Menteri Kesembilan setelah bergelumang selama tiga dekad dalam dunia politik.
Atas faktor keperibadiannya, pemerhati politik melihat hanya beliau satu-satunya calon yang layak bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Kesembilan. Lagipun, beliau menjarakkan dirinya daripada terbabit dengan kumpulan kleptokrasi yang menyebabkan UMNO kalah teruk pada PRU14.
Tidak seperti pemimpin lain yang terjerumus dengan kontroversi, termasuk kes mahkamah, atau tiada pendirian yang jelas, Ismail Sabri tegas dalam senyuman dan kekal dengan prinsip perjuangan demi rakyat.
Ismail Sabri turut dilihat berupaya menyatupadukan semula UMNO yang kini berpecah di bawah ‘caretaker’nya Zahid dan tujuh Ahli Parlimen MP). Malah dari segi sokongan MP UMNO juga, lebih ramai yang berada bersama Ismail Sabri, berbanding mereka yang berada di belakang Zahid.
Ismail Sabri yang mesra dengan Bersatu dikatakan mendapat dukungan 31 MP UMNO yang kekal bersama Perikatan Nasional (PN), berbanding tujuh yang kini masih bersama Zahid.
Pada masa sama Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, kekal sebagai Pengerusi PN, dan dilihat lebih yakin memberi sokongan kepada Ismail Sabri untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Biodata
Nama: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tarikh Lahir: 18 Januari 1960
Tempat Lahir: Temerloh, Pahang
Pendidikan
Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)
Perkahwinan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 bersama pasangannya iaitu Datin Sri Muhaini Zainal Abidin
Hasil perkahwinan mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki
‘Isyarat jelas Ismail Sabri miliki majoriti’ – Ahmad Maslan
Seramai 114 ahli Parlimen yang membuat pengesahan sokongan hari ini adalah isyarat jelas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata soal tarikh angkat sumpah jawatan adalah terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Semua ahli Parlimen ditemuduga seorang demi seorang secara ringkas oleh Seri Paduka.
“Setiap ahli Parlimen menyatakan nama dan dari kawasan mana, kemudian nyatakan sokongan kepada Ismail Sabri dibuat tanpa paksaan dan dengan sukarela.
“Dengan jumlah 114 ahli Parlimen ini, kita maklum dengan kedudukan majoriti dimiliki Ismail Sabri,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadap Agong, hari ini.
Ahmad berkata, pengalaman ditemuduga Agong bagi mengesahkan sokongan kepada calon Perdana Menteri adalah penting bagi semua ahli Parlimen terbabit.
“Mudah-mudahan selepas ini ada kerajaan yang terus dapat membela rakyat, menangani isu c0vld-19.
“Apabila keadaan stabil dan imuniti kelompok dicapai, kita kembalikan mandat kepada rakyat,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Leave a Reply