Penjaga Wani Comel Ded4h Perbualan Terakhir Arwah Dengan Kawan Baik – “Dia kata kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali”

SELEPAS lima hari disahkan positif C0v1d.19, gadis yang dikenali sebagai Wani Comel meningg4l dunia kira-kira pukul 9 malam, Rabu.

Lebih memilukan apabila Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menghembuskan nafas terakhir selepas pemergian rakan baiknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah, juga akibat C0v1d.19.

Menurut penjaga kepada arwah Wani iaitu Muhammad Shah Rovinderjit, Wani dij4ngkiti w4bak itu selepas sehari menerima sunt1kan v4ksin dos kedua pada 13 Ogos lalu.

Manakala Nabihah pula disahkan positif selepas empat hari menerima svntikan v4ksin dos kedua pada 8 Ogos lalu.

Wani Comel dan rakan baiknya, Nabihah meninggal dunia pada hari yang sama.

Wani dan rakan baiknya, Nabihah (kiri) meningg4l dunia pada hari yang sama.

“Wani meningg4l dunia di rumah sekitar pukul 9 malam, semalam (Rabu) manakala Bihah meningg4l di Hospital Putrajaya pukul 4 petang hari yang sama.

“Masing-masing hanya jalani kuar4ntin di rumah saja,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram terpalit dengan k0ntroversi bersama Datuk Seri Aliff Syukri apabila mend4kwa usahawan kosmetik itu menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.

Allahyarham ditawarkan pembiayaan bagi menjalani pembed4han bariatrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.

Terdahulu, berita pemergian mereka dimaklumkan menerusi Instagram @wanicomel20 pada Khamis.

Jen4zah arwah kini masih berada di Hospital Serdang untuk bed4h siasat manakala Nabihah pula di Hospital Purjaya.

Sehari sebelum mereka meningg4l, ibu Bihah terdengar perbualan mereka berdua di bilik.

MUHAMMAD SHAH ROVINDERJIT

PENJAGA WANI COMEL

Dalam pada itu, Shah Rovinderjit memberitahu ibu kepada Nabihah ada mendengar perbualan mereka berdua sehari sebelum meningg4l dunia.

“Sehari sebelum mereka meningg4l, ibu Bihah terdengar perbualan mereka berdua di bilik. Bihah kata dekat Wani ‘boleh ke kita ni?’.

“Lepas itu Wani kata dekat Bihah yang mereka kena kuat. Wani ada kata yang kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali.

“Tak sangka memang mereka berdua pergi bersama pada hari yang sama,” ujarnya.

Sementara itu, Shah Rovinderjit turut berkata dia masih belum memaklumkan ibu kepada Wani mengenai berita sedih itu.

“Buat masa sekarang, saya masih belum maklumkan mak Wani. Sebab mak dia ada masalah jantung. Saya tak sampai hati nak beritahu.

“Saya hanya kata Wani di hospital untuk oksigen. Mungkin petang sikit selepas selesai urusan jenaz4h, saya akan beritahu,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*