‘Ini calon PM yang menang’- 114 MP dijemput ke Istana esok

Seramai 114 ahli parlimen BN dipanggil ke Istana Negara esok, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Dia berkata, ini bermaksud Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.

“Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), anggota dewan tertinggi dan semua anggota parlimen kita,” katanya dalam pesanan teks hari ini.

Tambahnya, anggota parlimen BN akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara pada pukul 10 pagi esok dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Anwar perlu cari 6 lagi kerusi

Terdahulu Parti pembangkang kekal bersatu dengan 105 anggota parlimen menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka untuk menjadi perdana menteri.

Tugas bagi Anwar sekarang, adalah untuk merapatkan jurang dan memperolehi sekurang-kurangnya enam lagi sokongan anggota Parlimen untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Pelbagai sumber mengesahkan bahawa selain 88 ahli parlimen Pakatan Harapan, Anwar kini mendapat sokongan daripada Warisan, Pejuang, Parti Sarawak Bersatu, dan dua wakil rakyat Bebas.

Presiden Warisan Shafie Apdal sebelum ini telah mengesahkan bahawa partinya akan menyokong Anwar setelah dia gagal mendapatkan sokongan yang sewajarnya.

Ketua Wira Warisan Mohd Azis Jamman selanjutnya mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani SD bagi menyokong Anwar.

“Bola sekarang di gelanggang Anwar,” ciap Azis.

Anwar akan bersaing dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang dipercayai sedang mendahului ketika ini.

Selain sokongan daripada Umno dan BN, Ismail Sabri juga dijangka mendapat sokongan daripada PAS dan Bersatu.

Sebelum ini seorang anggota parlimen dari GPS berkata mereka secara prinsip telah bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri – ini memberi naib presiden Umno itu cukup sokongan untuk membentuk kerajaan.

Namun, tanda tanya mula timbul apabila Pengerusi GPS Abang Johari Openg mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka akan menyerahkan perkara berkenaan kepada “kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong”.

Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri.

Abang Johari dan Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof kemudian mengesahkan bahawa GPS belum menyerahkan SD ke istana.

Namun, kedua-dua pemimpin GPS itu enggan mendedahkan siapa yang disokong oleh gabungan berkenaan.

Semua anggota parlimen telah diarahkan untuk memaklumkan kepada Istana Negara mengenai calon pilihan perdana menteri mereka sebelum jam 4 petang hari ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*