Lelaki Kongsi Harga Sarapan Mamak Di Dubai Buat Ramai Ternganga

Dalam banyak-banyak hidangan makanan di negara ini, restoran mamak antara yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya sebagai tempat lepak sambil menjamu selera. Baru-baru ini, lelaki ini berkongsikan harga sarapan restoran mamak di Dubai yang berjaya membuatkan ramai terkejut melihatnya.

Ramai yang sedia maklum tentang kos sara hidup di Dubai yang jauh lebih tinggi daripada kita di Malaysia ini. Namun ramai pula yang tidak sangka, harga sarapan pagi di restoran mamak di sana boleh mencecah sehingga ratusan ringgit.

mamak

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu yang kini menetap di Dubai memberitahu dia dan keluarganya menikm4ti sarapan pagi di restoran mamak. Dia kemudiannya berkongsikan harga keseluruhan makanan yang dinikm4ti mereka ini.

Melihatkan pada bil yang diberi, harga kesemuanya bernilai 436 Dirham untuk menu yang diambil seluruh keluarganya. Di dalam bil itu juga dapat dilihat mereka menikmati beberapa menu biasa di restoran mamak seperti maggi goreng, cendol, rojak, teh tarik dan sebagainya.

Apabila ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya mencecah RM503 untuk harga sarapan pagi itu. Melihat pada jumlah tersebut, rata-rata netizen turut sama terkejut dengan perbezaan harga kedai mamak di sini dan juga Dubai.

Di ruangan komen, netizen turut sama berseloroh sekiranya mereka tinggal di sana tentunya restoran mamak bukanlah menjadi pilihan utama. Malah ada yang memberitahu mereka mungkin tidak berani makan di restoran mamak sekiranya tinggal di Dubai.

“Sarapan je dah RM500.”

lelaki kongsi harga

“Punya mahal aku makan kat kedai mamak dulu harga dia 10 hingga 20 ringgit.”

restoran mamak

“Hmm kalau aku pindah sana mahu puasa hari-hari.”

komen

“Kalau macam tu lah bill dia baik makan seminggu sekali.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*