Muhyiddin akhirnya ded4h kenapa sokong Ismail Sabri. Syarat yg dia letak memang bijak

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kesemua 50 ahli Parlimen dari parti gabungan itu sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri yang baharu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, jumlah tersebut termasuk 31 ahli Parlimen mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 18 Pas, satu Parti Solid4riti Tanah Airku (Star) dan empat bebas pro-PN.

Muhyiddin juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi c0v!d.19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat.

“Ini juga bermakna Perikatan Nasional lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Khamis.

Bagaimanapun, beliau berharap jika Ismail Sabri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, Ahli Parlimen Bera itu mesti memastikan anggota Kabinet yang dibentuk terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertvduhan jenay4h mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghorm4ti prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.

Presiden Bersatu itu turut menegaskan bahawa sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah bersyarat dan berharap proses pelantikan Perdana Menteri baharu dapat berjalan dengan lancar.

Terdahulu ahli Parlimen Bera yang juga calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, tiba menaiki bas bersama Ahli Parlimen lain pada jam 1.15 tengah hari tadi.

Beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan secara lisan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO dan BERSATU yang dibahagi kepada beberapa kumpulan dilihat masuk dan keluar dari pintu dua Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tidak hadir perbicaraan buat hakim ber4ng

Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak berang dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu gag4l hadir pada prosiding perbicaraan pagi ini.

Sebaik perbicaraan kes bermula pada jam 9.30 pagi, peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Najib memaklumkan mahk4mah anak guamnya dipanggil ke Istana Negara bagi mengesahkan sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Rahmat berkata, Najib bersama 114 Ahli Parlimen dipanggil ke Istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Bagaimanapun, tidak diketahui masa spesifik untuk Najib akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Najib dijangka beredar dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menuju ke istana pada jam 10.30 pagi,” katanya.

Mendengar perkara itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah dilihat berang dan berkata Najib seharusnya menghadirkan diri ke mahk4mah terlebih dahulu.

“Yang di-Pertuan Agong memanggil semua Ahli Parlimen untuk menghadap dan beliau sememangnya perlu berada di sana, namun laporan media menyatakan ia akan dilakukan secara berperingkat.

“Anak guam anda perlu memaklumkan kepada mahkamah jam berapa beliau perlu berada di Istana Negara kerana kes ini akan diteruskan,” katanya sebelum menangguhkan perbicaraan selama 10 minit.

Sebaik mahkamah mula bersidang, Rahmat memaklumkan pihaknya tidak dapat memaklumkan waktu spesifik untuk Najib bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sequerah berkata, perbicaraan itu akan diteruskan dan meminta peguam untuk memaklumkan mengenai pertemuan Najib dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita semua mempunyai tugas yang perlu dijalankan. Sekiranya dipanggil menghadap Agong, beliau harus menghadirkan diri, namun, beliau tidak perlu berada di sana seharian.

“Beliau boleh memberikan pandangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kembali semula ke sini,” katanya.

Mahkamah kemudian memaklumkan perbicaraan kes akan disambung pada jam 2.30 petang.

Semalam, prosiding perbicaraan pada sesi pagi terpaksa ditangguh bagi membolehkan Najib menghadiri mesyuarat penting di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sequerah bagaimanapun berkata, permohonan penangguhan bagi menghadiri mesyuarat atau sebarang acara dibenarkan namun perbicaraan itu perlu disambung pada sebelah petang.

Najib, 68, berhadapan dengan empat pertuduh4n menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasvah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertudvhan pengubahan wang har4m membabitkan jumlah yang sama.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://trendingkini.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*