Bahagia Menetap Di Afrika Bersama Suami, Wanita Ded4h Jarak Pergi Rumah Mentua 21 Jam

Perkahwinan melibatkan dua negara seringkali memberikan pengalaman yang sangat menarik selain membuka mata kita tentang perbezaan budaya masyarakat lain dalam dunia. Bagi Puan Afila Amir sendiri, kisah cintanya dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika sejak 2019 lalu terus menjadi perhatian masyarakat Malaysia sehingga kini.

Alhamdulillah mereka semua layan Fila dengan baik walaupun cakap macam ayam itik

Terbaru, wanita tinggi lampai ini dikatakan mengikut suaminya pulang ke negara berkenaan untuk menetap di sana buat sementara waktu dalam masa sama menguruskan sebuah perniagaan. Bercakap tentang penerimaan keluarga mentua, Puan Fila amat bersyukur kerana semuanya memberi layanan yang cukup baik walaupun ada halangan dari segi bahasa pertuturan.

Fila tak duduk dengan mak mentua…Paling cepat nak ke sana, 21 jam

Sering membuat perkongsian saat menjalani kehidupan baru di sana, Fila juga menjelaskan dia tiduk duduk sebumbung dengan keluarga mentua. Malahan dikhabarkan jarak tempat tinggal mereka untuk menuju ke sana perlu memakan masa selama 21 jam.

VIDEO

Actually benda ni lama dah kami bincang dan rancang

Bercakap semula soal perancangan untuk tinggal di sana, nampaknya kedua-dua mereka sudah berbincang panjang tentang hal ini sejak dahulu lagi. Malahan Fila menyifatkan komunikasi adalah hal terpenting dalam mencapai nilai tolak ansur dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*