Ismail Sabri Sebagai PM, Ini Pula Calon Untuk TPM

Semua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru.

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Eddin Syazlee Shith berkata, bahawa kepimpinan parti sebelum ini memutuskan bahawa presiden akan memutuskan pilihan perdana menteri bagi pihak ahli parlimen.

“Kami semua setuju bahawa kita akan menyokong Ismail Sabri. Itulah arahan yang diberikan oleh presiden kepada kami,” kata Eddin, yang adalah anggota parlimen Kuala Pilah.

Semua ahli parlimen mempunyai waktu sehingga jam 4 petang hari ini untuk menyatakan secara bertulis, kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai perdana menteri kesembilan. Muhyiddin melepaskan jawatan itu pada Isnin lalu susulan penarikan sokongan daripada 15 ahli parlimen Umno.

Malam semalam, ahli parlimen Umno memutuskan bahawa mereka akan menyokong Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri.

Eddin berkata, bahawa selain pemilihan perdana menteri, dia tidak tahu tentang tajuk perbincangan lain seperti pembentukan kabinet baru.

Mengenai siapa yang akan menjadi timbalan perdana menteri, Eddin berkata dia difahamkan bahawa Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin kemungkinan calon berkenaan.

“Ini berdasarkan hierarki. Hamzah adalah setiausaha agung kami,” katanya.

Hamzah dalam kenyataan berasingan, bagaimanapun, mengatakan bahawa parti itu akan membincangkan nama calon calon perdana menteri dari kalangan parti komponen Perikatan Nasional.

Umno bukan komponen gabungan PN tetapi ia adalah sebahagian daripada pentadbiran PN.

Sementara itu, mengenai jika anggota dewan tertinggi Bersatu Azmin Ali – tokoh utama dalam “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan terkvburnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020 – akan dilantik sebagai menteri, Eddin berkata bahawa dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Menurutnya, dia percaya bahawa Azmin dan pengikutnya dari PKR akan berpegang kepada keputusan parti itu untuk membenarkan Muhyiddin untuk membuat sebarang keputusan muktamad mengenai rundingan dengan anggota gabungan parti lain.

Ini kerana dinamika gabungan sekarang berbeza dengan era Perikatan Nasional.

“Ini mungkin ‘BN plus’. Sekarang BN dan PN. Lebih besar,” katanya.

Hanya seorang sahaja yang tidak sokong Ismail Sabri calon PM

Hanya seorang Ahli Parlimen UMNO difahamkan tidak menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagaimanapun tindakan itu tidak memberi kesan kepada keputusan malam tadi kerana majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong satu nama sahaja.

“Pada saya, ia tidak beri kesan pun pada keputusan semalam sebab semua menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Zahidi turut memaklumkan semua Ahli Parlimen BN telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dalam mesyuarat malam tadi dengan sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

“Semua dah tandatangan surat tersebut dan sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Malam tadi, UMNO mengadakan mesyuarat bagi memutuskan calon Perdana Menteri setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Mesyuarat tersebut pada permulaannya dibuat bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, kemudian disambung pula bersama dengan Ahli Parlimen BN.

Dalam hantaran di Facebook pagi ini, Ismail Sabri sempat menyelitkan gambarnya bersarapan dengan ‘mengajuk’ kucingnya si oyen.

Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan mahu pemimpin itu segera menyelesaikan kemelut dihadapi negara selain C0v!d.19 dan ekonomi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*