Belum let4k jawatan, ini tindakan bijak PM Muhyiddin jadi tumpuan

Pergerakan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.

Perdana Menteri ketika dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Damansara pada 7.42 pagi ini dilihat melambai ke arah media yang telah berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi.

Beliau kemudian tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.07 pagi, dijangka untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet.

Turut kelihatan tiba di bangunan itu, kenderaan-kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Di Putrajaya, Muhyiddin yang tiba di bangunan Perdana Putra itu melambai ke arah petugas media yang berkumpul sejak 7 pagi.

Turut kelihatan kenderaan-kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di bangunan itu.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semalam, satu mesyuarat khas Kabinet akan diadakan pada Isnin (hari ini) tanpa memperincikan agenda pertemuan tersebut.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dilaporkan berkata Muhyiddin dijangka membuat satu pengumuman khas hari ini.

Kenderaan-kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet mula dilihat memasuki Perdana Putra sejak 9.30 pagi.

Antara yang kelihatan ialah kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa menteri-menteri kanan iaitu Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Kenderaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga

Muhyiddin tiba di Istana

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

‘Mesyuarat Kabinet terakhir PN selesai’

12:25 tengah hari: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam catatannya di Facebook menyebut mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional selesai pagi ini.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB Perdana Menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“ Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” tulisnya

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*