Belum Apa-Apa Kenyataan Dikeluarkan, Sekali KJ Muatnaik Status Dan Umum, ‘Terima Kasih Atas Peluang…’

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

KJ umum anggota kabinet serah surat letak jawatan

1.20 tengah hari: Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

” Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara atau ketua setiausaha kerajaan berkenaan perletakan jawatan anggota kabinet itu.

1 tengah hari: Muhyiddin tinggalkan istana selepas menghadap Agong kira-kira 40 minit.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa melalui catatan di Facebooknya memohon maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangannya sepanjang berkhidmat.

” Kita kekal tenang dan berlapang dada. Semua keputusan secara bersama. Yang penting kita sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara.

” Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat. Kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat.

“Saya insan biasa yang tentunya tidak sunyi dari kesilapan. Oleh itu saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kelem4han dan kekur4ngan saya selama berkhidmat,” katanya yang turut hadir dalam mesyuarat kabinet, hari ini.

‘Terima kasih atas khidmat anda’ – Wan Fayhsal

12.35 tengah hari: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memuat-naik satu lagi mesej perpis4han di Facebook.

“Kami berdiri teguh dan bangga dengan kamu Tan Sri Presiden. Terima kasih atas jasa dan kepimpinan anda. Kami akan kembali dengan lebih kuat, Insya-Allah,” kata Wan Fayhsal, yang juga timbalan menteri belia dan sukan dalam pentadbiran Muhyiddin.

‘Mesyuarat Kabinet terakhir PN selesai’

12:25 tengah hari: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam catatannya di Facebook menyebut mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional selesai pagi ini.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB Perdana Menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“ Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” tulisnya.

PM tiba di Istana Negara

12.23 tengah hari: Kenderaan yang membawa Muhyiddin tiba di Istana Negara. Perdana Menteri difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas kabinet yang berlangsung kira-kira tiga jam.

Muhyiddin dalam perjalanan ke Istana

12:00 tengah hari: Muhyiddin meninggalkan Pejabat Perdana Menteri di bangunan Putra Perdana di Putrajaya setelah mempengerusikan mesyuarat khas kabinet. Dia dipercayai menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia sempat membuka tingkap kenderaannya dan melambaikan tangan kepada pengamal media yang berada di luar pintu protokol tetapi tidak memberi sebarang ulasan.

Selain Muhyiddin, turut mula meninggalkan bangunan berkenaan adalah menteri-menteri kabinet.

AG, Pengerusi SPR keluar Istana

11.54 pagi: Idrus dan Abdul Ghani meninggalkan istana setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Idrus selesai menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas hampir sejam memasuki Istana Negara.

Kenderaan rasmi yang membawa Abdul Ghani juga sudah meninggalkan Istana Negara melalui pintu satu. Kedua-dua mereka tidak memberhenti kenderaan atau memberi sebarang ulasan mengenai pertemuan yang berlangsung.

Istana hidang makanan dan minuman untuk media

11.41 pagi: Wartawan dan jurugambar dibekalkan dengan makanan dan minuman di luar pintu pagar Istana Negara.

Sumber:maIaysiakini

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauais.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*