Komposer terkenal Helen Yap tunjuk hadiah pemberian arw4h yg dia masih simnpan sampai sekarang

Kuala Lumpur: Penyanyi Allahyarh4m Siti Sarah Raissudin, 37, diakui seorang individu yang amat mengenang budi dengan mereka yang bekerjasama dan bertanggungjawab menaikkan namanya dalam industri muzik tanah air.

Perkara ini diakui komposer terkenal Helen Yap dalam satu perkongsian di Facebook.

“Sebenarnya tak ramai tahu selepas kami, penerbit dan komposer album Siti Sarah iaitu Kesetiaan menang AIM 2003 (Anugerah Industri Muzik Malaysia) untuk Album Pop Terbaik dan Album Terbaik 2003, Siti Sarah dengan besar hatinya menghadiahkan kami, jurutera bunyi dan syarikat rakaman NAR Records jam tangan jenama Guess sebagai hadiah penghargaan.

“Semua individu di sebalik tabir pembikinan album itu dihadiahkan jam itu. Kami juga dijemput untuk menghadiri majlis makan malam dan kesyukuran di rumahnya.

“Pada usia yang muda ketika itu, saya berpendapat Sarah menunjukkan rasa bersyukur, berterima kasih serta mengenang budi terhadap semua yang menolong beliau untuk kejayaan cemerlang album Kesetiaan,” katanya.

Helen berkata, pemberian ini sesuatu yang amat sentimental dan masih disimpan sehingga hari ini. “Sampai hari ini saya masih simpan jam tangan ini yang ada sungguh cantik sebagai kenangan manis,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, komposer Ajai turut melahirkan pandangan serupa apabila menyifatkan Sarah cukup tinggi budi pekertinya.

Menurutnya, peluang bekerja dengan penyanyi berbakat luar biasa itu akan dikenangnya sampai bila-bila dan sungguh bermakna.

Dia juga akan sentiasa mengagumi keperibadian Siti Sarah sebagai seorang insan yang cukup mulia.

(kanan) JAM yang diberikan kepada Helen Yap. (kiri) Helen Yap

Ajai juga tidak menyangka lagu Semakin Benci Semakin Cinta menjadi karya terakhir nukilannya untuk dinyanyikan arw4h.

Shuib Kongsi Vide0 Sarah Sedang Menyanyi, Tapi Rupanya Ada Benda yg nak Dikongsikan

MASIH bersedih dan rasa kehilangan, pelawak Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarh4m Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwah sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Seperti biasa, Allahy4rham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Shuib berkata, nyanyian Allahyarham sangat berbeza seolah-olah ingin cuba menyampaikan sesuatu.

Shuib kngsi vdeo sarah

“Assalammualaikum semua… sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ni hilang dari simpanan. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini.

“Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai lalu.

Arw4h yang beria-ria minta saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini.

Saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain cara pandangannya, cara nyanyiannya.

Cara arw4h luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa.

“Bila di amati bait lirik, ternyata ada sesuatu arw4h cuba sampaikan… InsyaAllah arw4h kini tenang di syurga,” katanya.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arw4h apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta”

“Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sakit.

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang netizen.

Siti Sarah disahkan meningg4l dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0v!d.19 pada jam 5.13 pagi Isnin lalu dan dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*