Muhyiddin Maklum Akan Serah Surat Letak Jawatan Esok, Kata Redzuan. Ini Yang Bakal BerIaku

AhIi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Sewaktu mengesahkan tndakan itu, beliau berkata keputusan diambil Perdana Menteri itu adalah di antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, di sini, hari ini.

” Ya benar, peletakan jawatan… esok,” katanya ringkas kepada BH.

Beliau ditanya sama ada Muhyiddin akan menawarkan peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata peletakan jawatan itu adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

” Kita bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku hari ini. Kita sudah usaha yang terbaik untuk memastikan pengurusan C0V!D.I9 berjalan dengan baik dalam pergol4kan politik yang mel4nda.

” Kita sudah sampai ke tahap tidak boleh buat apa-apa pun… yang terakhir ialah strategi bipartisan, namun tidak disambut.

” Jadi kita kena letak jawatan… kita sudah usaha yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, mesyuarat di Publika pagi tadi adalah antara Muhyiddin dengan Ahli Parlimen daripada BERSATU dan mereka yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

UMNO, BERSATU sedang bincang nama calon Perdana Menteri baharu

Sementara itu, satu pertemuan membabitkan beberapa pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, petang ini.

Pegawai kanan seorang menteri yang dihubungi, memaklumkan pertemuan itu antara lain menyentuh kemungkinan kerjasama semula UMNO dan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan ketika ini, selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, sah meletak jawatan.

Beliau berkata, itu antara agenda perbincangan sedang berlangsung yang turut membabitkan beberapa Ahli Parlimen UMNO.

” Tapi..kita tunggulah esok, selepas Perdana Menteri sah membuat keputusannya.

” Pertemuan politik saja untuk fikir langkah seterusnya yang wajar,” katanya yang enggan memperincikan nama pemimpin kedua-dua parti yang bertemu di hotel berkenaan.

Bagaimanapun, BH difahamkan, antara yang hadir dalam perjumpaan petang ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO serta Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa Ahli Parlimen.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut menjurus perbincangan mengenai calon Perdana Menteri yang baharu, sumber itu mengakui itu sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan.

” Ada dibincangkan. Mungkin cadangan saja (calon) untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya meminta semua pihak menunggu perkembangan seterusnya esok.

Pegawai kanan terbabit berkata, calon itu sebaik-baiknya mestilah mampu menarik sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan komponen dalam PN, jika kesepakatan BN-PN mahu dikekalkan selepas ini.

UMNO sebelum ini menarik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, namun sebahagian Ahli Parlimen UMNO bertegas supaya kerjasama UMNO-PN dikekalkan, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan untuk PIlihan Raya Umum (PRU) kelak.

Sementara itu, BH difahamkan, pegawai di pejabat menteri dan timbalan menteri di Putrajaya, sudah mula mengosongkan meja masing-masing sejak semalam susulan laporan kemungkinan Muhyiddin menyembah surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Pagi tadi, satu pertemuan diadakan di ibu negara membabitkan Muhyiddin dan Ahli Parlimen BERSATU, antara lain menyatakan hasrat Ahli Parlimen Pagoh untuk berundur esok.

Sumber:bharian

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*