Kuala Lumpur : “Bila-bila masa Allah boleh ambil ny4wa saya dan sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke arah yang lebih baik,” kata pelawak dan pelakon, Vicha Saywho mengenai imej baharunya yang kini sudah bertudung.
Vicha berkata, banyak perkara yang bermain di fikiran hingga membantutkan hasratnya untuk bertudung selama ini.
“Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlah4n-lahan. Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak.
“Namun, melihat kejadian demi kej4dian yang berlaku termasuk pem3rgian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah.
“Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Vicha, dia berharap penghijrahan yang dilakukan akan berterusan selama-lamanya.
View this post on Instagram
Vicha berkata, selepas berbincang dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung, dia kuatkan hati dan dekatkan diri dengan Allah.
“Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa daripada orang ramai supaya saya terus istiq4mah. Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ket4kutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya,” katanya.
Dalam pada itu, Vicha mengakui Allahyarham Siti Sarah adalah rakan artis yang sangat baik.
“Baru-baru ini arw4h ada memberikan saya jub4h yang dibuat khas mengikut saiz saya. Padahal saya hanya tanya adakah saiz saya ada dijual.
“Ketika menyarung jubah pemberiannya, hati saya sangat gembira dan ingatkan nak beritahu yang kepadanya yang saya cantik dengan tudung yang dikenakan. Arw4h sangat baik walaupun kami tidak rapat,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber:HM
Leave a Reply