Siti Sarah hadir dalam mimpi anak ketiga, ini harapan Shuib

IBU datang… balik rumah bawa Ayash.

Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun.

Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memandikan anaknya itu.

“Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu.

“Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arw4h) tak dapat-dapat.

“Matin cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahy4rham Siti Sarah.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arw4h Siti Sarah pada Khamis malam.

Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia.

“Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia

“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arw4h isterinya.

“Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan arw4h pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.

“Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.

Siti Sarah menghembvskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat C0v!d.19.

Selain Ariq Matin, Allahy4rham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui pembed4han yang diadakan pada 6 Ogos lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*