Penyanyi Datuk Nora Ariffin membantah cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuka semula sesi persekolahan pada September ini.
Nora Tidak Setuju Sekolah Dibuka Ketika Kes Meningkat
Menurut Nora, sebagai seorang ibu yang mempunyai anak masih bersekolah, dia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan kes penularan wabak COV1D-19 terus meningkat apatah lagi semalam(12 Ogos) negara mencatat jumlah tertinggi kes sebanyak 21,668.
Jelas pelantun Hanya Satu ini, mewakili suara ibubapa yang lain dia lebih yakin sekiranya anak-anak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) buat ketika ini sehinggalah terdapatnya penurunan kes. Dengan cara ini, nyawa mereka juga lebih selamat berbanding jika ke sekolah.
“Saya sebagai ibubapa saya bantah 100% sekiranya sekolah dibuka pada September ini atau onwards.No way..Not yet..”
“Tak masuk akal, kes tengah naik, biarlah anak-anak kami selamat dirumah dahulu. Bila ada penurunan , then bukaklah.Buat masa ini kami selesa dgn PDPR. Sekurang- kurang nyawa kami terjaga. In Shaa Allah STAY SAFE AT HOME. #Allahjagakita” kongsi Nora
View this post on Instagram
Peminat Bersetuju
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nora termasuk penyanyi Vince, bersetuju dengan pandangannya memandangkan golongan remaja dan kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah masih belum divaksin. Malah, mereka juga sanggup mengorbankan masa menemani anak-anak untuk mengikuti PdPR.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : muraimy
Leave a Reply