
Pelawak Shuib terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bertemu dengan anak keempat iaitu Ayash Affan yang telah dilahirkan pada hari Jumaat lalu atas saranan pihak hospital.
Memetik laporan BH Online, pihak hospital berkata saranan tersebut adalah bagi mengelakkan risiko j4ngkitan C0v!d.19 terhadap bayinya.
Terima dengan lapang dada
Pengurus kepada Allahy4rham Siti Sarah iaitu Nana Mohammad Rom dimaklumkan pihak hospital sendiri mengenai perkara ini dan dia juga telah berbincang bersama Shuib. Difahamkan, Shuib reda dan memahami situasi p4ndemik yang mungkin boleh menyebabkan j4ngkitan kepada bayi pramatang itu.
Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya, pagi ini. Ini jalan terbaik selepas memikirkan risik0 yang boleh memvdaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada.
Arw4h sanggup gad4ikan ny4wa
Malah, Shuib juga menzahirkan rasa tidak sabar untuk bertemu dan melihat anaknya itu yang dianggap sebagai hadiah terakhir daripada isterinya. Namun, di sebalik perasaan gembira menyambut kehadiran cahaya mata baharu tetapi dirinya masih diselebungi dengan perasaan sedih.
Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayash. Anak-anak pun asyik bertanya. Jika ada rezeki, hari ini dapat saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir arw4h buat saya.
Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arw4h ibunya tidak sempat melihat dan memegangnya. Arw4h sanggup mengg4daikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa ini buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya, sebelum pergi buat selama-lamanya.
‘Rindu amat berat’ – Shuib
Tidak mudah buat pelawak popular, Shuib Sepahtu melupakan insan yang menghadirkan banyak kenangan dan menjadi teman suka duka selama 10 tahun.
Baru tiga hari kehilangan isteri tersayang, Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin yang menjadi k0rb4n C0V!D.19 sukar buat Shuib memadamkan kenangan ketika bersama.
“Hari pertama (kelmarin) saya menjalani kehidupan tanpa arw4h. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu arw4h berada di hospital.
“Namun, kini, arw4h sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.
“Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin.
Meskipun zahir nampak tenang dan reda, Shuib berkata, ada kalanya tewas dengan emosi.
“Semalam (kelmarin), saya hampir menjadi orang tidak reda. Saya memang tidak boleh terima hakikat dan cuba menyedapkan hati dengan mengatakan arw4h akan sembuh, sedangkan dia mender1ta.
“Namun, apabila saya mula reda dan ampun segala kesalahannya, perjalanan terakhir arw4h menjadi mudah.
“Saya bersyukur dapat solat jen4zah, iringi perjalanan akhir ke kubvr, masukkan jenaz4h ke li4ng lahad dan tanam bunga di pus4ranya.
“Selepas tujuh langkah meninggalkan pusara, saya menoleh semula. Waktu itu, timbul perasaan puas hati melepaskan arw4h pergi dengan baik,” ungkap bekas penyampai radio Hot FM itu.
Walaupun terpisah di dunia, namun Shuib percaya, dia pasti akan bertemu bidadarinya di alam syurga.
“Kami tidak pernah berjauhan seperti ini, tak termimpi langsung. Tetapi, saya sudah berjanji untuk menjadikan arw4h sebagai bidadari syurga, jadi saya perlu berk0rban.
“Hanya menunggu masa untuk kami kembali dipertemukan di syurga. Justeru, saya berharap Allah akan bimbing saya untuk menuju ke jalan diredai supaya dapat bertemu arw4h,” pintanya.
Pemergian arw4h dengan meninggalkan empat cahaya mata yang masih memerlukan kasih sayang ibu disifatkan Shuib sebagai cabaran besar buatnya.
Namun, demi janji yang dilafazkan, pelawak berusia 37 tahun itu perlu kuatkan semangat menempuh ujian mendatang.
“Menerusi perbualan terakhir bersama arw4h, saya beritahu jangan risau. Saya akan pastikan zuriat kami menjadi anak yang taat pada perintah agama.
“Arw4h sudah melakukan yang terbaik sejak bergelar ibu. Malah, arw4h sanggup korb4nkan diri demi melahirkan anak keempat. Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak.
“Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang j4hil dan banyak melakukan dos4.
“Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib.
Meskipun zahir nampak tenang dan reda, ada kalanya Shuib tew4s dengan emosi atas pemergian isteri tersayang, Allahy4rham Siti Sarah.
Pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual itu, Shuib turut mengimbau momen manis berkasih sayang bersama arw4h sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Akuinya, paling meninggalkan kesan sikap manja arw4h yang semakin menjadi-jadi ketika hamil dan bagaimana menguruskannya, ia sekali gus menjadi memori indah disimpan di kotak ingatan.
“Banyak perkara dilakukan bersama sepanjang tiga bulan ini. Memandangkan hamil, arw4h suka bermanja.
“Arw4h minta saya urut tubuhnya. Urut pula hingga dua jam. Kadang kala, saya rasa macam ‘amah’ apabila kena paksa.
“Beliau sering mengingatkan saya bahawa dirinya mengandungkan zuriat kami. Namun, lama-kelamaan saya jadi gian, maklum tiga bulan tidak berbuat apa-apa.
“Walaupun tak suruh, saya sendiri menawarkan diri. Saya tak sangka Allah berikan nikmat kasih sayang antara suami isteri sebagai momen terakhir untuk dikenang.
“Hinggalah segala kebahagiaan direntap dengan berita kami sekeluarga disahkan p0sitif C0v!d.9,” luah Shuib.
Namun, cerita lelaki ini, arw4h isterinya itu pandai memujuk hatinya dengan memasak hidangan lazat sebagai ganjaran.
“Walaupun suruh saya buat macam-macam, tetapi arw4h balas balik dengan menyediakan hidangan yang sedap. Siap tanya saya nak makan apa.
“Pemergiannya mengajar saya setiap pasangan perlu ada momen manis untuk dikenang. Tidak sangka, hanya tiga bulan ini Allah bagi kami menghabiskan masa sepuas-puasnya sebelum mengambilnya,” katanya.
Allahy4rham Siti Sarah menghembvskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat C0V!D.19 pada jam 5.13 pagi, kelmarin.
Jenaz4h penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari.
Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: BH Online
Leave a Reply