Pihak Hospital Mula Panggil Shuib Mengenai Khabar Ayyash Affan

KUALA LUMPUR: “Saya rasa dunia menjadi s3pi, ses3pinya…,” Demikian luahan hati Raissuddin Hamzah, 61, mengulas kehilangan anak tersayang, Allahy3rham Siti Sarah Raissuddin yang mengh3mbuskan nafas terakhir akibat C0V!D.19, pagi kelmarin.

Berkongsi perasaan kali pertama selepas pem3rgian anak keduanya itu, Raisuddin menyifatkan, apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

Namun, penyanyi dan pelakon era 1980-an itu berkata, kehilangan arw4h memberi kesan hingga membuatkannya tidak berdaya berkata apa-apa.

“Apa yang terjadi adalah ketentuan yang ditetapkan Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa.

“Apabila perkara ini terjadi saya hilang kata-kata. Sampailah pada hari kejadian, Shuib datang berjumpa, senyum dan melutut di hadapan saya sambil menyatakan Siti Sarah sudah tiada.

“Saya rasa anda semua boleh faham bagaimana perasaan saya ketika itu,” katanya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual untuk Allahy4rham Siti Sarah, semalam.

Baru sahaja selesai menjalani ku4rantin kendiri berikutan menjadi kontak rapat keluarga anaknya, Raissuddin berkata, pertanyaan soal kehilangan paling sukar dijawab berbanding soalan lain yang sering diajukan kepadanya ketika masih menguruskan kerjaya seni arw4h.

“Jika dahulu saya didatangi wartawan bertanyakan soalan ketika zaman arw4h aktif menyertai pertandingan nyanyian, mudah sahaja saya untuk menjawabnya.

“Tetapi, soalan ini (kem4tian) sukar. Cuma, saya berharap kita bersama mendoakan arw4h tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang sahaja, arw4h pergi dan tidak akan kembali lagi,” ujarnya.

Mengulas keperibadian arw4h anak hingga kisah kem4tiannya diangkat dan dimuliakan, Raisuddin berkata, arwah adalah anak yang baik dan mendengar kata.

“Arw4h cukup baik, tidak pernah membantah atau melawan cakap saya. Arw4h akan ikut apa sahaja yang saya cakap.

“Dari awal nak jadi penyanyi dan saya terpaksa membimbingnya, arw4h memang tidak pernah berenggang dengan saya sehinggalah bertemu Shuib. Saat itu, barulah saya melepaskan arw4h kepada Shuib untuk menjaganya,” katanya.

Mengimbau detik terakhir bersama anaknya, tiada pesanan diberikan, sebaliknya bahasa tubuh yang berbicara.

“Sebelum arw4h pergi ke hospital, saya baring di sofa. Saya pegang tangannya, dia pegang tangan saya, tetapi arw4h tidak cakap apa-apa,” ungkapnya.

Raissuddin menyifatkan Allahy4rham Siti Sarah anak yang cukup baik dan mendengar cakap orang tua.

Sepanjang dipinjamkan selama 36 tahun, Raissuddin berkata, terlalu banyak kenangan manis yang dilalui bersama.

Namun, katanya, paling membekas dalam ingatan adalah sifat manja yang dimiliki arw4h anaknya itu.

“Memang banyak kenangan manis dan kenangan tidak dapat dilupakan. Arw4h anak yang cukup manja. Sifat manjanya memang diketahui ramai rakan artis lain,” jelas Raissuddin.

Shuib Di Benarkan Jumpa Ayyash Affan

Pada majlis itu, Shuib berkongsi berita gembira apabila mendapat perkhabaran dibenarkan melihat anak keempatnya, Ayyash Affan yang kini masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dilahirkan Jumaat lalu, esok.

Namun, di sebalik teruja menatap wajah zuriatnya, bekas penyampai radio Hot FM itu mengakui, perasaannya bercampur b4ur.

“Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayyash. Jika ada rezeki, hari ini dapatlah saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir arw4h buat saya.

“Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arw4h ibu tidak sempat melihat dan memegangnya.

“Arw4h sanggup menggad4ikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya,” luah Shuib.

Situasi itu, katanya, sangat berbeza ketika dikurniakan tiga cahaya mata terdahulu kerana arw4h berkesempatan melihat dan memeluk anak-anaknya.

Terdahulu, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai lebih 600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan industri termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan isteri.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://asaskehidupan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*