“Klu Ada Apa Apa Yg Perlu..” – Ismail Sabri Ambil Berat, Ada Sesuatu Yg Dia Pesan..

“Anak-anak apa khabar?” – Datuk Ismail Sabri

Itu pertanyaan khabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yassin Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin, malam semalam.

Ismail yang juga merupakan bapa kepada penyanyi iaitu Dafi AF musim kelima, merakamkan ucapan t4kziah kepada seluruh keluarga pelawak dan usahawan, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad.

“Saya ucap takziah dan harap awak bersabar ya… Kita hidup kena teruskan. Jadi kita berdoa sama-sama semoga r0h Allahy4rhamah di tempatkan bersama para solehah di syurga.

“Kalau ada apa-apa yang perlu saya bantu beritahulah Dafi ya… InsyaAllah saya bantu,” akhirinya.

Terdahulu, Allahy4rhamah dimasukkan ke 1CU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembed4han dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arw4h selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvm1kan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

“Hari pertama (kelmarin) saya menjalani kehidupan tanpa arwah. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu arw4h berada di hospital.

“Namun, kini, arw4h sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.

“Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin.

Meskipun zahir nampak tenang dan reda, Shuib berkata, ada kalanya tew4s dengan emosi.

“Semalam (kelmarin), saya hampir menjadi orang tidak reda. Saya memang tidak boleh terima hakikat dan cuba menyedapkan hati dengan mengatakan arw4h akan sembuh, sedangkan dia menderita.

“Namun, apabila saya mula reda dan ampun segala kesalahannya, perjalanan terakhir arw4h menjadi mudah.

“Saya bersyukur dapat solat jenazah, iringi perjalanan akhir ke kubvr, masukkan jen4zah ke li4ng lahad dan tanam bunga di pusaranya.

“Selepas tujuh langkah meninggalkan pusara, saya menoleh semula. Waktu itu, timbul perasaan puas hati melepaskan arw4h pergi dengan baik,” ungkap bekas penyampai radio Hot FM itu.

Walaupun terpisah di dunia, namun Shuib percaya, dia pasti akan bertemu bidadarinya di alam syurga.

“Kami tidak pernah berjauhan seperti ini, tak termimpi langsung. Tetapi, saya sudah berjanji untuk menjadikan arw4h sebagai bidadari syurga, jadi saya perlu berk0rban.

“Hanya menunggu masa untuk kami kembali dipertemukan di syurga. Justeru, saya berharap Allah akan bimbing saya untuk menuju ke jalan diredai supaya dapat bertemu arw4h,” pintanya.

Pemergian arwah dengan meninggalkan empat cahaya mata yang masih memerlukan kasih sayang ibu disifatkan Shuib sebagai cabaran besar buatnya.

Namun, demi janji yang dilafazkan, pelawak berusia 37 tahun itu perlu kuatkan semangat menempuh ujian mendatang.

“Menerusi perbualan terakhir bersama arwah, saya beritahu jangan risau. Saya akan pastikan zuriat kami menjadi anak yang taat pada perintah agama.

“Arwah sudah melakukan yang terbaik sejak bergelar ibu. Malah, arwah sanggup korbankan diri demi melahirkan anak keempat. Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak.

“Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang jahil dan banyak melakukan dosa.

“Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib.

Pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual itu, Shuib turut mengimbau momen manis berkasih sayang bersama arwah sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akuinya, paling meninggalkan kesan sikap manja arwah yang semakin menjadi-jadi ketika hamil dan bagaimana menguruskannya, ia sekali gus menjadi memori indah disimpan di kotak ingatan.

“Banyak perkara dilakukan bersama sepanjang tiga bulan ini. Memandangkan hamil, arw4h suka bermanja.

“Arwah minta saya urut tubuhnya. Urut pula hingga dua jam. Kadang kala, saya rasa macam ‘amah’ apabila kena paksa.

“Beliau sering mengingatkan saya bahawa dirinya mengandungkan zuriat kami. Namun, lama-kelamaan saya jadi gian, maklum tiga bulan tidak berbuat apa-apa.

“Walaupun tak suruh, saya sendiri menawarkan diri. Saya tak sangka Allah berikan nikmat kasih sayang antara suami isteri sebagai momen terakhir untuk dikenang.

“Hinggalah segala kebahagiaan direntap dengan berita kami sekeluarga disahkan p0sitif C0V!D.19,” luah Shuib.

Namun, cerita lelaki ini, arwah isterinya itu pandai memujuk hatinya dengan memasak hidangan lazat sebagai ganjaran.

“Walaupun suruh saya buat macam-macam, tetapi arw4h balas balik dengan menyediakan hidangan yang sedap. Siap tanya saya nak makan apa.

“Pemergiannya mengajar saya setiap pasangan perlu ada momen manis untuk dikenang. Tidak sangka, hanya tiga bulan ini Allah bagi kami menghabiskan masa sepuas-puasnya sebelum mengambilnya,” katanya.

Allahy4rham Siti Sarah menghembvskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COV!D.19 pada jam 5.13 pagi, kelmarin.

Jenazah penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari.

Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*