Nadir dedah perbulan dengan Siti Sarah, rupanya ini permintaan arwah

PETALING JAYA- Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Ga.za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan penyanyi Siti Sarah pernah menyertai ibadah k0rban di Pales.tin dengan menyumbangkan lembu bernilai ribuan ringgit.

Menurutnya, beliau telah dihubungi pelantun lagu Kesetiaan itu sebelum Aidiladha lalu dengan memaklumkan mahu menyertai program k0rban di bumi Ga.za.

“Masa itu saja terkejut beliau (Siti Sarah) nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian sahaja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

“Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara di Pale.stin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.

Difahamkan, harga satu bahagian lembu bagi ibadah k0rban di Pal3.stin bernilai RM1,900.

Berat bagi seekor lembu di Pale.stin pula antara 550 hingga 600 kilogram seekor yang memanfaatkan hampir 1,500 orang.

Katanya lagi, ny4wa Siti Sarah diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib selain didoakan oleh ratusan penduduk di bumi Pale.stin yang pernah merasa daging sumbangan arw4h.

“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat.

“Semoga engkau tenang di sana, Al Fatihah,” tulisnya.

Tangkap layar perbualan antara Siti Sarah dan Muhammad Nadir berkenaan hasrat melakukan ibadah k0rban di Pale.stin baru-baru ini.

Pukul 5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021, bidadari syurga saya telah pergi buat selama-lamanya.’

Itu yang tertulis dalam perkongsian Shuib Sepahtu dinihari tadi tentang pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin, 37.

“Mohon sedekah al-Fatihah,” tulis Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad.

Sehingga kini urusan jenazah dan pengebumian masih belum diperincikan.

Sarah menghembvskan naf4s terakhir setelah tiga hari ditidurkan sejak petang Jumaat lalu untuk memberi laluan pemb3dahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang berusia lapan bulan.

Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin mer0sot.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif C0v!d-\.19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan setelah pembantu rumah disahkan positif virvs m4ut tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 2011dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sekilas info mengenai Siti Sarah

Lahir pada 15 September 1984, Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga berjaya menggo0ndol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”.

Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik.

Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3.

Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga.

Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak).

Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Kem4tian: Peringatan Buat Diri Kita
=======
1. Kita semua akan m4ti. Dan berita-berita kem4tian yang datang kepada kita seakan satu mesej peringatan buat kita. Dalam al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa kem4tian itu adalah sesuatu yang pasti. Firman Allah:
كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ
“Tiap-tiap yang berny4wa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari ki4mat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali Imran: 185)

2. Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah mengaitkan kem4tian dengan amalan kebajikan yang kita lakukan. Ia mengingatkan kepada kita tentang apakah amalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi kehidupan di hari akhirat kelak.

3. Sebab itu para salaf terdahulu sangat bimbang tentang bagaimana pengakhiran hidup mereka. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, golongan Salaf sangat bimbang akan perihal bagaimana kem4tian mereka nanti. Hadith yang diungkapkan oleh Nabi ﷺ tentang kem4tian yang buruk (su’ al-khatimah) menyebabkan mereka sentiasa berdoa agar meninggal dalam keadaan yang baik. Sabda Rasulullah ﷺ:
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ
“Sesungguhnya amalan itu (dinilai) pada pengakhirannya.”

4. Ata’ al-Khaffaf sering ternampak Sufyan al-Thawri dalam keadaan menangis. Apabila ditanya, apakah yang membuatkan kamu menangis? Sufyan menjawab: “kerana aku bimbang bagaimana pengakhiran hidupku nanti.”

Tahukah kita siapa Sufyan al-Thawri? Menurut Imam al-Zahabi, Sufyan adalah “Penghulu Ulama di zamannya.” Imam Ahmad bin Hanbal pula menggambarkan peribadi Sufyan sebagai “Tokoh yang memenangi hatiku.” Sufyan al-Thawri adalah Imam Hadith yang tersohor. Menurut Yahya al-Qattan: Sufyan al-Thawri lebih tinggi kedudukannya dari Imam Malik. Namun, walau tinggi ilmu dan kedudukan Sufyan al-Thawri, beliau masih lagi menangis setiap malam kerana bimbang akan bagaimana kem4tian yang akan dilalui.

5. Malik bin Dinar diriwayatkan bangun sepanjang malam. Beliau memegang janggutnya sambil berkata: Wahai tuhanku, sesungguhnya engkau telah mengetahui siapakah penghuni syurga dan ner4ka. Maka dimanakah Malik akan ditempatkan?

Tahukah kita siapa Malik bin Dinar? Beliau adalah tokoh al-Quran yang zuhud. Pernah belajar dengan sahabat Nabi yang tersohor iaitu Saidina Anas bin Malik. Malik bin Dinar juga adalah guru kepada Hasan al

Basri. Al-Zahabi menyifatkan beliau sebagai antara guru kepada ulama salaf yang terdahulu. Walaupun diiktitiraf mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi salaf, Malik bin Dinar masih sangat risau akan bagaimana penghujung kehidupannya nanti.

6. Selain menyediakan bekalan amalan yang akan dibawa untuk berjumpa dengan Allah, adakah kita merancang tentang pengurusan harta dan wasiat. Adakah kita akan meninggalkan keluarga dengan bebanan hut4ng? Tahukah kita bagaimana Saidina Abdullah bin Umar berpesan melalui sabda Rasulullah tentang wasiat dan pengurusan harta sebelum meninggal. Begitu juga Sa’d ibn Abi Waqas yang meninggalkan harta agar keluarganya tidak kesusahan sesudah kem4tian.

Benarlah kata hukama, cukuplah mati sebagai peringatan yang menginsafkan.

Semoga Allah membimbing kita.

kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sumber:hmetro dan IG shuib

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*