Imbas kembali ayat Siti Sarah waktu perkenalannya dengan Shuib. Ramai terharu Sarah sanggup buat macam ni walaupun ramai yang pelik.

Terkini dalam halaman media sosial, nama Shuib dan Siti Sarah sering menjadi perhatian warganet yang ingin mengambil tahu mengenai status kesihatan Siti Sarah. Lebih lebih lagi Siti Sarah yang baru sahaja melahirkan zvriat dan difahamkan semua berada dalam keadaan yang stabil. Namun, Shuib tidak putus putus meminta warganet, masyarakat agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pada isteri nya yang tercinta agar pulih seperti sedia kala.

Terdahulu penyanyi Siti Sarah Raisuddin, pernah juga mencuri perhatian warganet apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki. Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??. Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna. Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu. You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami. Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua,” tulisnya.

Rata-rata warganet yang membaca entri tersebut mengakui seb4k dan mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

meyabellaperfume: “Nak menangis la baca. Alhamdulillah, moga jodoh korang kekal ke jannah, suka tengok orang humble dan tak pilih bulu ni. Tahniah again kerana dapat pasangan yang baik.. Itulah rezki. iamroseahmad: “Yang kawen grand-grand tu pun last-last pisah tak guna jugak. Respect la Sarah dan Shuib. Semoga kekal bahagia selalu. awesome_stuff95: “Wah, sedih nak nangis. Semoga cinta kalian diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala kejahatan manusia.” Entri yang ditulis dalam halaman Instagram Siti Sarah:

Semoga masjid yang dibina ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Yang Maha Kaya. Ramai yang sentiasa memberi kata kata semangat pada Shuib sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan, semoga berjaya dunia dan akhirat hendaknya. Sumber : Ournewslive

Alhamdulillah ada peningkatan. Ini perkembangan terkini Siti Sarah.

Pelawak Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti-henti daripada semua orang, sama ada dikenali atau tidak telah menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesihatan isterinya, Siti Sarah yang sedang dalam keadaan yang tervk dalam Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akui Shuib, ketika segala harapannya seperti sudah punah, Allah menunjukkan jalan keluar buat hatinya yang sedang runsing melihat realiti memikirkan Siti Sarah yang tidak stabil selepas operasi mengeluarkan bayi dalam kandungan, petang Jumaat.

TERKINI sehingga pukul 6 petang Sabtu, paras oksigen dalam badan Siti Sarah ialah 85. Satu perkembangan yang Shuib anggap luar biasa.

“Sekitar pukul 7.45 malam, Sarah punya oksigen turun sampai 69, masa tu saya rasa macam hilang ny4wa, kemudian pada pukul 11.10 minit malam, doktor telefon memberitahu keadaan Sarah sangat teruk, oksigen dah turun sampai 40, lagilah saya tak tahu nak fikir dan buat apa. Tetapi betullah apabila Allah beri rahmat-Nya kepada hamba yang memerlukan, dengan doa, Yassin dan solat hajat semua, berlaku keajaiban pada pada pukul 2 pagi apabila paras oksigen Sarah naik kepada 77. Dan, pukul 8 pagi, oksigen pergi ke paras 80 dan paling terkini setakat pukul 6 petang tadi, oksigen dah pergi 85.

“Satu perkembangan yang sangat luar biasa. Keajaiban daripada Allah sebab berkat doa orang ramai termasuk yang membacakan yassin dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan Sarah. Satu per satu, Allah permudahahkan urusan,” kata sebelum memulakan sesi bacaan Yassin buat Siti Sarah sebentar tadi (Sabtu malam). Bagaimanapun, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut memaklumkan bahawa isterinya harus terus berjuang kerana virvs C0v!d.19 sangat j4hat dan pada bila-bila masa, paras oksigen mungkin boleh berubah.

“Cuma doktor beritahu, C0v!d.19 ini dia punya jahat apabila pergi paru-paru, ia bersifat dinamik. Boleh tinggi (oksigen), dan boleh juga turun serendah-rendahnya. Saya berharap Sarah boleh kekalkan perkembangan baik sekarang atau terus tinggi paras oksigennya. Dan, saya harap oksigen tak turun lagi,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang keadaan terkini cahaya matanya, Ayash Arfan, Shuib berkata, semuanya berada dalam kondisi yang semakin baik. “Baby dah bernafas dengan baik, dah boleh terima oksigen melalui tiup ke paru-parunya. Kaki dah boleh menendang dan tangan dah boleh bergerak dan menggenggam. Cuma buat masa sekarang, dia belum menangis dan mengeluarkan suara. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” ujarnya. Sumber – K! ONLINE

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://greatdailynews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*