“J4ntung Lemah, Rasa Tak Ada Harapan” Sekali Berlaku Keajaiban Depan Mata

” Keajaiban itu berlaku di depan mata saya.”

Itu kata-kata pelawak Sepahtu Shuib tanda kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan apabila doktor memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.

Malah, perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah, 36, amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkata, setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksi.gen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat sedangkan kadar ideal oksig.en bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.

‘Ketika harapan puna.h, berlaku keajaiban sebab doa, Yassin, solat hajat’

” Allah maha baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmatNya, dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yassin dan mengadakan solat hajat tanya henti.

” Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya.

” Keajaiban itu berlaku di depan mata saya. Saya amat-amat bersyukur dan meng1nsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,”

Shuib berkata demikian ketika berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi yang disertai oleh 157 kenalan pasangan itu.

Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, keajaiban yang Allah hadirkan dalam tempoh 24 jam lalu telah mengembalikan semangat serta senyumannya.

” Di sebalik uijan ada kemanisan yang Allah berikan.

” Saya sangat beremosi dan terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti menghadiahkan bacaan Yassin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat Siti Sarah serta anak kami.

” Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Shuib

Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dij4ngkiti C0V1D.19.

Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan neg4tif selepas melakukan kvarantin kendiri selama 14 hari.

Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.

Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.

Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.

” Pada awalnya doktor maklumkan anak kami tidak bernafas dan tidak bergerak tetapi selepas memantaunya …

” ..sudah mula menunjukkan perkembangan, sudah mula menendang kaki dan menggenggam tangannya selain sudah membuka mata,” cerita Shuib dalam nada penuh syukur.

PERKARA YANG PALING SHUIB TAKUTI SEPANJANG TUNGGU DI RUMAH
“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan p0sitif C0v!d.19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus mavt tersebut.

“Kita Kenal Tak Lama..” – Imbas Kembali Ayat Siti Sarah Waktu Mula Kenal Shuib, Knp Sarah Sanggup..

Terdahulu penyanyi Siti Sarah Raisuddin, pernah juga mencuri perhatian netizen apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.

“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??.

“Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.

“Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai cvri tulang, tak suka bvrukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu.

“You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami.

“Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua,” tulisnya.

Rata-rata netizen yang membaca entri tersebut mengakui seb4k dan mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

@meyabellaperfume: “Nak menangis la baca. Alhamdulillah, moga jodoh korang kekal ke jannah, suka tengok orang humble dan tak pilih bulu ni. Tahniah agains kerana dapat pasangan yang baik.. Itulah rezki.

@iamroseahmad: “Yang kawen grand-grand tu pun last-last cerai tak guna jugak. Respect la Sarah dan Shuib. Semoga kekal bahagia selalu.

@awesome_stuff95: “Wah, sedih nak nangis. Semoga cinta kalian diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala kejahatan manusia.”

Entri yang ditulis dalam halaman Instagram Siti Sarah:


Semoga masjid yang dibina ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Yang Maha Kaya. Dsini, min rimbabara mendoakan orang ramai agar sentiasa memberi kata kata semangat pada Shuib sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan, semoga berjaya dunia dan akhirat hendaknya.

Sumber:astr0Awani

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*