Pengurus maklum Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki, tapi update terkini dari Shuib buat ramai sebak

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini.

Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu pembed4han untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi.

“Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Siti Sarah Kritikall

Melalaui kemas kini terkini dari Shuib, isteri beliau walaubagaimanapun dalam keadaan kritikall

Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan kritik4l.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembed4han bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritik4l.

“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernaf4san kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritik4l.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan C0v!d.19 dipermudahkan urusan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke IC U HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan Siti Sarah dan memberi sokongan moral kepada Shuib supaya tabah

“Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.”

“Semoga Allah permudahkan. Berkat Jumaat, hamparan doa makbul. Ya Mujib. Makbulkanlah segala doa hambaMu”

Sama-sama kita doakan urusan Siti Sarah di permudahkan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*