“Telefonnya Ditutup..” -Awalnya Beliau Cakap Ser4but Dan Pen1ng Kepala. Sekali Noraini Buat Satu Pengumuman Mengejvt

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merangkap Menteri Pengajian Tinggi dalam sidang media tergempar Ahli Parlimen UMNO mencetuskan pelbagai persoalan sama ada beliau bersama 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pihaknya tidak dapat menghubungi Ketua Wanita UMNO itu kerana telefonnya ditutup.

“Beliau cakap dekat saya, beliau serabut dan pening kepala dengan keadaan sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi berkuatkuasa serta merta

DATUK Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, petang Jumaat.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu mengumumkan perkara ini menerusi satu kenyataan.

Noraini menyusuli tindakan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada Selasa.

Berikut adalah kenyataan penuh Noraini:

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita Umno, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pand3mik c0v1d-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

Semoga Allah merahm4ti negara kita dan melindungi kita semua. Sekian. Terima Kasih.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://limauasamboi.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*