Selepas sidang media tergemp4r oleh Timb Perdana Menteri , ini kata2 Muhyiddin

Istana Negara tidak lagi menerima sebarang surat Akuan Bersumpah (SD) daripada mana-mana pihak bagi menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan perkara itu dibawa ke sidang Parlimen pada September ini untuk diputuskan.

Justeru, kata beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan tindakan yang bertentangan dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong

“Kenyataan Presiden UMNO yang beliau akan menghantar nama lagi adalah bertentangan dengan perkenan dan keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kami Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang setia kepada Yang di-Pertuan Agong akan patuh kepada titah baginda iaitu apa-apa perkara yang mahu diselesaikan berkaitan kerajaan perlu dilakukan di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar bersama 20 Ahli Parlimen BN yang lain di ibu negara hari ini.

Pendirian 31 Ahli Parlimen UMNO, BN diharap redakan polemik politik – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berharap pendirian yang dibuat sejumlah 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini akan menghentikan polemik politik yang berlaku ketika ini.

Menerusi satu kenyataan media, beliau berkata pendirian itu juga akan memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani C0V!D.19, mempercepatkan proses v4ksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pand3mik ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pendirian yang dibuat Ahli Parlimen BN itu dalah selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada beliau semasa sesi menghadap di Istana Negara pada Rabu lalu.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan semua Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau. .

“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain,” ujarnya.

Pada Jumaat, seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Ismail Sabri berkata, selain itu kesemua Ahli Parlimen itu bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, September ini.

Dalam pada itu umlah kes #C0V!D.19 yang dilaporkan pada Jumaat adalah 20,889 kes.

Angka tersebut meningkat berbanding semalam, 20,596.

Jaga diri dan keluarga.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*