“Tahap Oksigen Makin Menurun” – Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Nana Mohd Rom.

Menurutnya, Sarah sepatutnya memotong gelang kuar4ntin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk dan ketidak selesaan.

“Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira pukul 6.30 petang untuk mendapatkan raw4tan.

“Pada dasarnya, mereka sepatutnya sudah memotong gelang ku4rantin hari ini tapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan,” katanya.

Sementara itu, suaminya Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan isterinya serta anak dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah.

“Doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin, doakan semuga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan permudahkan segala urusan.

“Allah maha segalanya,” katanya menerusi satu posting di Instagramnya sebentar tadi.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif C0V!D.19.

Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati p0sitif viru.s berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0V!D.19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.

“Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

“Doakan kami segera sembuh,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*