
Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan tindakan seorang guru menjadikan jena.yah rog.ol sebagai satu gurauan memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya.
Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya petang tadi memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fit.nah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga RM1,000,000.
“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fitnah, dalam surat ini saya diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.
“Minta semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” ciapnya.
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
all i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan :’) #MakeSchoolASaferPlace
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
Sementara itu, bapa kepada pelajar berkenaan, Saiful Nizam Ab. Wahab mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema dan Yung, bagaimanapun pihaknya menegaskan tidak akan memberi sebarang komen berkenaan surat tersebut.
“Kami tidak akan memberi komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya.
“Notis tuntutan datang dari cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ciapnya di Twitter petang tadi.
April lalu, pelajar Tingkatan 5 terbabit menyiarkan video di Tiktok dengan mend4kwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor telah bergurau tentang r0gol sebelum tampil membuat lap0ran polis.
Isu terus berlarutan apabila dia mendakwa menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, selain diberikan surat amar4n berikutan tidak hadir ke sekolah.
tw// R4P3 JOKES, VERBAL H4R4SSM3NT
this is what i experienced yesterday at school. please help make it safer for us. @maszlee @zunarkartunis @KemPendidikan @adibahnoor #Awareness #Malaysia pic.twitter.com/MSK2rMX6pg
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) April 23, 2021
Sumber : Kosmo Online
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: http://limauasamboi.pw/
Leave a Reply