Olimpik 2020: Pandelela mara ke final. Ini 5 Fakta Menarik Tentang Ratu Terjun Pandelela Rinong

PANDELELA Rinong berjaya melayakkan diri ke final bagi acara 10 meter (m) platform individu wanita, di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam acara pada Khamis, kejayaan ratu terjun negara itu selepas menamatkan pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.

Menerusi aksi terjunan yang meyakinkan, Pandelela berada di kedudukan ketujuh daripada 18 penerjun.

Acara final 10m platform wanita itu akan berlangsung pada pukul 2 petang Khamis.

Pandelela sebelum ini memenangi satu gangsa pada Olimpik London 2012 menerusi acara 10m platform individu.

Satu pingat perak dibawa pulang dalam acara 10m platform seirama ketika bergandingan bersama Jun Hoong pada edisi Rio 2016.

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berjaya mara ke akhir 10 meter platform wanita individu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pandelela yang merupakan anak kelahiran bumi kenyalang itu menduduki tangga ke-18 dalam acara tersebut yang diadakan di Tokyo Aquatics.

Beliau berjaya mendapat kutipan mata sebanyak 284.90 dalam saingan terakhir untuk hari ini sebelum ke cabaran seterusnya.

Sebelum beliau mara ke peringkat separuh akhir esok, mari baca dan semak lima perkara menarik tentang Pandelela Rinong.

1. Pemilik nama sebenar Pandelela Rinong Anak Pamg ini dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan yang merupakan sebuah perkampungan di Sarawak.

2. Bergelar ratu terjun negara, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang ketinggian dan berat badan Pandelela. Beliau berketinggian 5’3″ dan memiliki berat badan 52 kilogram.

3. Pandelela aktif berenang sejak kecil dan dipilih menjadi perenang negeri pada usia tujuh tahun. Beliau kemudiannya menyambung latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

4. Pandelela pernah mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita dalam Sukan Olimpik London 2012.

5. Semasa pembukaan Sukan Olimpik London 2012, Pandelela dipilih sebagai pembawa bendera wanita pertama Malaysia di samping mengetuai kontinjen negara ketika itu.

Semoga Pandelela tenang dan dapat meraih kejayaan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selamat berjaya Gempak ucapkan!

Rujukan: AWANI & Sinar Harian

Kredit Foto: BERNAMA

TONTON AKSI TERJUNAN PANDELELA!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: limauasamboi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*