Sering diajukan soalan mengenai cinta, personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled berkata dia masih belum bersedia untuk memiliki kekasih buat masa ini.
Menurut Aisar, 21, usianya masih muda untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis.
“Saya tak pernah cerita tentang hal ini… saya masih muda! Katakan saya letak sasaran kahwin pada usia 28 tahun, takkan la saya kena bercinta sampai tujuh tahun.
View this post on Instagram
“Saya tak nak beri harapan dekat perempuan sebab tu saya tak pernah bercinta dari sekolah. Saya suka wanita yang talkative, faham dengan kerjaya saya, pandai memasak dan kalau boleh nak yang bertudung.
View this post on Instagram
“Orang gosipkan saya dengan Syasya Rushdiena… tapi jujur saya cakap, kami tak ada sebarang hubungan istimewa, hanya kawan-kawan sahaja.
“Muda-muda ni lebih baik kita jaga ibu! Rugilah kalau tak gunakan masa dengan keluarga sementara mereka masih ada,” katanya kepada mStar.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: mStar Online
Leave a Reply