Selepas menghadap Agong, Muhyiddin akhirnya bersuara

Sejak pagi tadi, petugas media dan anggota polis sudah memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.

Terdahulu, kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis keluar dari kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pada jam 10.48 pagi ini.

Muhyiddin yang bersongkok sempat menurunkan cermin tingkap kenderaan sebelum melambai kepada kumpulan pengamal media yang menunggu di persimpangan kawasan kediaman berkenaan.

Muhyiddin akan buat pengumuman khas

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut sumber, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap Seri Paduka, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Difahamkan beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Berikut Initipati Ringkas Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin / 4 Ogos 2021

PM Muhyiddin terima warkah Agong yang maklumkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan usul percaya di parlimen pada sidang September ini.

Dia berkata demikian dalam perutusan khas sebentar tadi.

Perletakan jawatan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit – PM Muhyiddin

‘Saya pelihara perlembagaan tapi ditu.duh derh4ka pada raja’

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyel4r tvduhan derh4ka kepada raja yang dilemparkan padanya.

Sedangkan, kata anggota parlimen Pagoh, apa yang dilakukannya semata-mata untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi raja berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.

“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah SWT dan kepada-Nya jualah kita berserah,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.

Rata-rata netizan mmenyambut baik keputusan tersebut

“So far aku rasa dia adalah PM yg terbaik.. ya tahu bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Tetapi TSMY dah buat yang terbaik.. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk TSMY..” tulis seorang netizan

‘Parlimen bahas, ungkai Ordinan D4rurat September ini’ – Muhyiddin

PUTRAJAYA: Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan-Ordinan Darvrat boleh dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darvrat oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu, tidak dapat disempurnakan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darvrat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-Ordinan Darvrat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.

“Maka selaras titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, usul untuk memb4has dan seterusnya mengungkai Ordinan-Ordinan Darvrat itu boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, usul membabitkan pembatalan Ordinan-Ordinan darvrat akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Katanya, ia diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan Ordinan-Ordinan Darvrat secara harmoni dan berperlembagaan.

Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Daruvat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darvrat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya kemudian memaklumkan, semua tindakan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darvrat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri juga menyebut, Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*