Penyanyi jelita, Baby Shima meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di TikTok seolah mempersoalkan ibadah solatnya dengan tidak menutup aurat dengan sempurna.
‘Apa guna solat tapi tay4ng body?’
Menerusi video yang dimuat naik oleh Baby Shima di Instagram, dia mengakui agak terk1lan dengan komen yang ditinggalkan oleh netizen. Ujarnya, dia bukan seorang yang tidak boleh menerima teguran daripada orang lain, namun teguran berkenaan perlu kena pada tempatnya.
Semalam Shima ada post satu content kat TikTok, lepas tu ada lah seorang mamat ni dia cakap macam ni, ‘Apa guna solat tapi tayang body’.
Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat. Seakan-akan kau sorang je yang boleh tentukan siapa yang sah siapa yang tak sah solat.
Jelasnya lagi, disebabkan seseorang itu mempunyai pemikiran sebegitu, orang yang sudah menutup aurat dengan sempurna sekalipun pemikirannya tetap akan kot0r.
Kau kutvk-kutvk aku tapi aku kau punya following banyak perempuan s3ksi. Bukan tu namanya mun4fik ke? Jangan bertopeng malaikat disebalik perangai sy4itan kau.
Cukuplah kau jvdge orang tu kau cuma lihat dari luaran sahaja. Disebabkan luaran kau jvdge dia macam-macam tapi kau tak tahu niat seseorang tu. Kau tak akan tahu cuma Allah je yang tahu.
‘Jangan rasa diri tu malaikat, seakan semenjak lahir tak pernah buat kesalahan’
SOLAT | Rajin bertelekung dan solat di TikTok tapi didakwa rajin belanja buah dada, Baby Shima beri amaran pada lelaki-lelaki munafik di luar sana.
Dengar dan hadamkan. pic.twitter.com/kjcS9QP2FJ
— Nikita AWATNI (@NikitaNikAziz) August 2, 2021
Fakta Menarik Baby Shima
1. Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.
2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan.
3. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).
4. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.
5. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.
6. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D’Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.
7. Pernah tular kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengsan di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.
Sumber : babyshimaoffcial
Apa Tujuan Anda Bersolat?
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
“Islam didirikan atas 5 perkara : Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji (jika berkemampuan).”
HR Bukhari Dan Muslim
Pasti anak kecil anda pernah bertanya;
“Wahai ibu, mengapa kita perlu solat? Bukankah dengan hanya ada iman dalam hati yang meyakini bahawa Allah itu wujud pun sudah memadai?”
Kebanyakan pasti menjawab,
“Kita perlu solat sebab kita orang Islam.”
“Kita wajib solat sebab Allah suruh.”
Ya benar! Jawapan itu tepat. Sangat mudah untuk fahamkan anak-anak. Namun, cuba selidik kembali dalam hati kita. Soalkan pada diri, “mengapa orang Islam perlu solat? Dan mengapa Allah mewajibkan solat keatas hambaNYA.”
Solat Merupakan Tiang Agama
Pernah dengarkan para asatizah mengungkapkan ayat ini,
“Solat merupakan tiang agama. Diibaratkan jika sebuah rumah didirikan tanpa tiang maka sudah pasti akan rob0hlah rumah tersebut.”
Nah! Begitulah juga dengan solat. Allah mewajibkan solat dengan tujuan kita menjaga agama kita daripada rob0h dan menjaga hubungan seorang manusia dengan TuhanNYA.
Lihatlah agama lain. mereka juga solat, namun caranya jauh berbeza dengan kita. Ada sesetengah agama yang hanya solat 1 kali saja seminggu. Ada agama lain yang memerintahkan solat setiap hari rabu. Manakala orang Islam pula diwajibkan solat pada setiap 5 kali sehari.
Betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai seorang Islam. 5 waktu sehari bertemu dan berkomunikasi dengan Tuhan kita. Walau bukan secara bersemuka, namun hanya dengan solat itu mampu menghubung doa kita kepada DIA.
MasyaAllah! Maha Suci Allah! Ingatlah juga besarnya solat itu sehinggakan apabila kita meninggal dunia pun, yang pertama akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir adalah berkenaan solat terlebih dahulu.
Solat juga merupakan amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah. Buktinya, Nabi S.A.W pernah bersabda,
“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima) maka beruntung dan berbahagialah dia. Jika solatnya rosak (tidak diterima) maka kecewa dan rugilah dia.”
Hadis Riwayat Tirmizi
Solat Tanda Kita Beriman Kepada Allah
Bayangkanlah, 5 kali sehari kita berhubungan dengan Allah S.W.T. Kita sujud sembah mohon keampunan daripadaNYA. Kita yakin bahawa Allah sentiasa melihat dan mendengar rayuan kita.
Kita berharap, memohon segala keinginan dan impian kita kepadaNYA dan yang paling utama, 5 kali sehari kita memperbaharui syahadah kita.
“Asyhadu Alla ilahaillallah Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Tahukah anda, kita kadangkala termasuk dalam kalangan orang yang kufvr? Kufur nikmat terutamanya. Tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah tentukan malah mempersoalkan setiap takdir yang Allah tetapkan.
Oleh sebab itu, Allah mensyariatkan bacaan kalimah syahadah dalam solat ketika duduk tahiyat awal dan akhir. Kerana Allah Maha mengetahui setiap perilaku hambaNYA yang kadangkala tidak sengaja dan tanpa sedar berbuat kufur terhadapNYA. Subahanallah! Maha baiknya Allah!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: http://limauasamboi.pw/
Leave a Reply