Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua ahli Parlimen terutama pembangkang supaya berhenti ‘berper4ng’ buat sementara waktu.
Beliau menganggap, isu C0v!d.19 dan rakyat adalah jauh lebih besar berbanding apa yang diperjuangkan oleh pembangkang sewaktu di Sidang Parlimen Khas.
“Sewaktu di Parlimen, saya nampak Menteri Kewangan membentangkan insentif dan bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, sepatutnya dibincangkan dengan terperinci dan itu yang rakyat nak dengar, apa cadangan dari pembangkang misalnya untuk menambah baik apa yang dilakukan kerajaan.
“Tapi hari Khamis, berper4ng dari pagi tak sempat pun nak bahas tentang apa yang kita patut bantu rakyat dalam keadaan waktu susah ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemberian V4ksin (PPV) Axiata Arena.
Justeru, beliau meminta semua ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bekerjasama membantu rakyat dalam kesusahan.
“Lupakan peper4ngan dalam politik, yang pentingnya kita kena bersama-sama tak kira parti mana sebab saya percaya tugas mereka adalah bantu rakyat.
“Kalau nawaitunya sama, tiada sebab kita tidak boleh meletakkan perb4lahan politik ke tepi sementara untuk kita sama-sama berganding bahu untuk membantu menyelesaikan isu C0v!d.19 ketika ini dan kesan C0v!d.19 kepada rakyat.
“Cari jalan selesaikan masalah rakyat bukannya berb4lah politik yang akhirnya tidak dapat selesaikan isu rakyat dan mungkin boleh menjejaskan apa yang dilakukan kerajaan,” katanya
Pr0tes #Lawan: ‘Harap mereka tidak dij4ngkiti C0V!D.19’ – Ismail Sabri
Tiada keperluan untuk mana-mana pihak melakukan bantahan di jalanan kerana kerajaan sentiasa berusaha mendengar suara dan pandangan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Ismail Sabri YaakobPada masa yang sama beliau turut mengingatkan, tidak ada mana-mana perhimpunan dibenarkan ketika ini memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani C0V!D.19 masih berkuat kuasa.
Beliau yang mengulas mengenai protes berhampiran kawasan Dataran Merdeka pada pagi Sabtu, dalam pada itu, berharap agar semua peserta yang terbabit tidak dij4ngkiti C0V!D.19.
“Saya bimbangkan keselamatan peserta perhimpunan tersebut kerana terdedah kepada bah4ya j4ngkitan C0V!D.19.
“Mungkin ada yang dij4ngkiti dan bawa C0V!D.19 pulang ke rumah lalu merebak hasil daripada perhimpunan tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian V4ksin (PPV) di AXIATA Arena di Bukit Jalil petang Sabtu.
Kira-kira 400 peserta menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ berhampiran Dataran Merdeka pada pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan itu berlangsung secara aman, ia jelas mel4nggar peraturan dan semua mereka akan dipanggil membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyediakan pelbagai platform untuk membolehkan suara rakyat sentiasa didengari tanpa mereka perlu turun ke jalanan.
“Kita dengar suara rakyat dari mana-mana. WhatsApp pun kita dengar. Saya setiap hari dapat cadangan daripada rakyat melalui pesanan WhatsApp.
“Setiap pandangan kita beri perhatian. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kita bentang di Parlimen untuk dapat pandangan tambah baik. Tidak perlu sampai ke jalanan,” katanya.
‘Mereka mahu mer0sakkan negara’ – Hamzah Zainudin
Larut: “Mereka bukan tokoh politik, mereka adalah kumpulan yang nak mer0sakkan negara kita. Jadi saya panggil mereka pengh4sut.”
Demikian jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung pemimpin politik didakwa terbabit dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di ibu negara, hari ini.
Menurutnya, pihaknya mengesan pembabitan kumpulan itu dengan kebanyakannya didalangi oleh individu sama dengan tujuan untuk mer0sakkan negara.
“Kita akan ambil tindakan susulan selepas ini, dan akan umumkannya dari semasa ke semasa.
“Kadang-kadang saya tengok mereka ini orang yang sama, marah apabila kita membenarkan kilang (beroperasi) sebagai contoh, tetapi orang yang sama juga mengarahkan supaya semua orang turun untuk berkumpul.
“Sebab itu saya tahu dan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah untuk memecahbel4hkan keadaan dan menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas penyerahan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada Ida Marsita Harun, 45, balu Pegawai Penjara Alor Setar Allahy4rham Sarjan Mohamad Nasrul Othman, 47, yang meningg4l dunia akibat C0v!d.19 pada 28 September lalu.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.
Hamzah berkata, tindakan individu terbabit berkumpul mengadakan dem0nstrasi adalah satu kes4lahan terutama dalam waktu darvrat ini.
“Berhubung perhimpunan itu, saya sudah minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat tinjauan dan jika kita dapati mereka melakukan kesalahan melanggar SOP (prosedur operasi standard), tindakan akan diambil.
“Ini kerana waktu ini adalah waktu di mana kita patut mematuhi SOP dan Ketua Polis Negara sendiri sudah mengingatkan kita bahawa Op Patuh masih lagi dijalankan.
“Sebenarnya kegagalan kita untuk melandaikan lengkuk j4ngkitan C0v!d.19 ini adalah kerana kita sendiri tidak disiplin dan melakukan perkara (berhimpun) sebegini rupa.
“Jadi bila ramai berkumpul menyebabkan peny4kit (C0v!d.19) ini senang merebak,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: http://limauasamboi.pw/
Leave a Reply