“Saya Memang Rancang Nak Kahwin…” -Khabar Angin Hantar Rombongan Merisik Nana, Ini Kenyataan Fikry Ibrahim Sendiri

Tiada angin tiada ribut timbul khabar angin mendakwa Fikry Ibrahim menghantar rombongan meris1k Siti Nordiana dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Malah, Fikry juga dikatakan sudah menghantar cincin merisik secara senyap.

Bagaimanapun, Fikry menafikan d4kwaan tersebut dan akui terkejvt dengan g0sip itu. Ujarnya lagi, dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bvjang tetapi dalam tempoh dua tahun lagi.

“Saya tak tahu macam-mana boleh timbulnya g0sip saya dah hantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan Nana pada tahun depan.

“Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun depan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang pada tahun 2021 atau 2022,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia enggan melayan gosip sedemikian selagi perkara itu tidak menimbulkan f1tnah yang menjejaskan nama mereka atau melampaui batas.

Fikry dan Nana mula berkawan rapat selepas menjadi pengacara bersama dalam satu program dan gandingan menerusi drama Cekelat Semanis Honey. Namun, kedua-dua mereka menjelaskan hubungan itu hanya atas dasar kerja sahaja.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*