“Self Love Itu Penting…” -Suka Cantik-Cantik Di Rumah, Izara Ded4h Diri Suka Berangan

Aktres jelita, Izara Aishah akui ‘self love’ atau menyayangi diri sendiri amat penting dalam kehidupan seseorang.

Menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sering mempraktikkan perkara itu dengan berhias diri di rumah kerana ia mampu membuatkan dia gembira.

“Self love amat penting untuk diri kita sendiri, tambahan pula di waktu seperti sekarang, kita kena tahu cara untuk buat diri sendiri gembira.

“Saya suka buat diri saya gembira dengan bersolek cantik di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya di depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira, saya ini kuat berangan orangnya,” seloroh Izara.

Izara berkata demikian dalam satu sesi virtual eksklusif BeauRaya yang turut disertai penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan pengacara Hawa Rizwana baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial)

Kemudian bercakap mengenai pencapaian hidup, Izara meletakkan sasaran untuk memenangi lebih banyak anugerah pada masa akan datang.

“Bercakap mengenai pencapaian, Insya-Allah, saya mahu menang lebih banyak anugerah dalam bidang lakonan selepas ini, saya pun amat mencintai bidang ini.

“Saya mahu juga jadi seperti Mak Iti (Siti Nurhaliza) yang sudah banyak menang anugerah sepanjang penglibatannya dalam industri seni,” katanya lagi.

Sekadar info, tujuan sesi virtual tersebut diadakan adalah untuk menghargai peminat dan pengguna setia produk Beausiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika pandemik C0VID-19.

Foto: Instagram Izara Aishah

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*