Selepas 2 jam berlalu, ini yag berlaku di kediaman Muhyiddin

Kuala Lumpur: Walaupun sudah dua jam berlalu, namun belum ada perkembangan terbaharu diperoleh kumpulan media yang ‘berkampung’ sejak 1 tengah hari di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, hari ini.

Suasana semasa di situ tenang dan hanya kelihatan pergerakan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri masuk serta keluar daripada kediaman itu.

Beberapa kenderaan rasmi itu dilihat mula meninggalkan kawasan rumah Perdana Menteri kira-kira 3.40 petang.

Bagaimanapun, petugas media tidak berganjak dari kawasan itu bagi menantikan perkembangan selanjutnya susulan kenyataan Istana Negara berkaitan Ordinan Darvrat hari ini.

Keadaan jalan memasuki kediaman Perdana Menteri itu yang sebelum ini lengang, kini penuh dengan deretan kenderaan pengamal media yang parkir di bahu jalan.

Tarik sokongan terhadap PM… Umno minta Muhyiddin, Takiyuddin letak jawatan secara terhomat

UMNO kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingkar titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pembatalan Ordinan Darvrat.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengumuman mengenai hal itu oleh Menteri Undang-Undang di Parlimen pada Isnin lalu merupakan satu bentuk penderhaka4n kepada baginda dan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan dengan itu, Umno akan meminta Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat.

“Ahli-Ahli Parlimen Umno mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan ke atas Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis petang.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Saya mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul seperti berikut, bahawa Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.

‘Muhyiddin derh4ka, langg4r sumpah taat setia Agong’ – pensyarah

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah melanggar sumpah jawatannya untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, d4kwa penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Justeru itu, kata Azman perdana menteri dan seluruh kabinet perlu mempertimbangkan untuk mengundurkan diri dalam memikul tanggungjawab secara bersama.

“Apabila baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita, dan memaklumkan kerajaan telah membatalkan semua ordinan darvrat sedangkan belum lagi mendapat perkenan baginda, tindakan ini bertentangan dengan perlembagaan negara dan dilihat tidak menghormati institusi Raja Berpelembagaan.

“Tambahan pula apa yang telah diperkenan dan dipersetujui bersama dengan Takiyuddin menteri undang-undang dan peguam negara Idrus Harun untuk bentang dan bahas pembatalan semua ordinan darvrat tidak dilaksanakan.

“Ini merupakan satu bentuk penderhaka4n,” kata Awang Azman, pensyarah kanan Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Dia berkata demikian kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas teguran keras Istana Negara terhadap Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun mengenai isu pembatalan ordinan darvrat.

Menurut Istana Negara, Agong tidak memberi perkenan pembatalan peraturan darvrat dan menuduh Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat.

Awang Azman (gambar, atas) percaya Muhyiddin telah memilih langkah itu bertujuan untuk mengelakkan undian di parlimen.

“PM berbuat sedemikian kerana bimbang apabila dibahaskan di parlimen dan dibuat pengundian maka dikhuatiri akan tidak mendapat sokongan majoriti.

“Ini bermakna boleh mengakibatkan kerajaan PN tumbang,” kata Awang Azman.

“Ini merupakan peristiwa hitam dalam sejarah dan menjadi kris1s perlembagaan yang akan menjadi rekod sejarah dan akademik,” katanya lagi.

Apa selepas ini?

Sementara itu, sarjana sains politik, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkongsi pandangan sama dengan Awang Azman bahawa aturan pertama mesyuarat Dewan Rakyat sepatutnya merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan disiplin.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun manakala enam anggotanya terdiri daripada empat penyokong kerajaan dan dua ahli parlimen pembangkang.

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Order) membolehkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung keanggotaan ahli parlimen.

Selain itu, Muhamad Nadzri berkata usul undi percaya terhadap Muhyiddin juga perlu dibuat di Dewan Rakyat.

“Hal yang sudah lama tertangguh ini, yang menyebabkan kebvntuan politik sejak Mac tahun lepas, tidak boleh lagi dilengah-lengahkan, sebaliknya perlu diselesaikan di dalam parlimen secara tuntas, sebagai jalan keluar kris1s politik negara secara demokratik.

“Sama ada kerajaan samasa dapat menunjukkan majoritinya dan meningkatkan keabsahan pemerintahannya, atau mempertahankannya melalui kaedah Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (Confidence and Supply Agreement) atau Perjanjian Moratorium C0v1d.19, ataupun juga perundingan dan pembentukan kerajaan baru,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Azman pula menegaskan PAS perlu bertindak terhadap Takiyuddin.

“Takiyuddin pula perlu dirujuk jawatankuasa parlimen dan parti PAS perlu ambil tindakan terhadap tindakan Takiyuddin sebelum seluruh PAS akan dihukum oleh pengundi nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Najib Razak di jangka akan membuat pengumuman penting

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*