Jep Sepahtu Mengusik Anak Sampai Menitik Air Mata, “Orang Sebakkan”

Satu-satunya anak perempuan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu ini diberi nama Dariya. Masih kecil dan sangat comel membuatkan ramai geram dengannya. Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering berkongsikan mengenai anaknya yang satu ini menerusi laman Instagram miliknya.

Terbaharu, Jep Sepahtu berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya pura-pura tidak mengenali anak perempuannya itu. Kedengaran Jep bertanya, “who are you?” pada anaknya itu. Dengan pantas si comel ini menjawab namanya. Berikut adalah rakaman tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Walau bagaimanapun, dalam perkongsian seterusnya kelihatan Jep Sepahtu mengusik anak sampai menitik air mata. Dalam rakaman tersebut kelihatan anak Jep bernama Dariya ini sudah bergenang air mata. Namun dalam sebak itu kedengaran Jep Sepahtu masih bertanyakan nama kepada anaknya itu. Turut kedengaran Jep memujuk Dariya dengan ais krim.

Berikut adalah rakaman Jep Sepahtu mengusik anak sampai menitik air mata ini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 365 ribu tontonan dan 75 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Pujuk sampai tidur”

Jep Sepahtu mengusik anak 3

“Orang sebak kan susah nak cakap…Time2 tulah nak tanya what is your name bagaiii”

Jep Sepahtu mengusik anak 2

“Hahaha abah pun. Dah marah tanya what is your name”

Jep Sepahtu mengusik anak 1

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*