SELEPAS tiga tahun pelakon popular Mira Filzah mengendalikan program Nona di TV3, kini aktres Amyra Rosli diumum sebagai pengacara baharu program berkenaan bermula 8 Ogos depan.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, dia berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengalas tanggungjawab besar sebagai pengacara buat pertama kali.
Kata Amyra lagi, tawaran yang diterima juga dianggap sebagai impian yang menjadi kenyataan.
“Pertama kali menerima tawaran ini saya sangat terkejut sebab semua orang tahu Nona ni program yang sangat besar.
“Sejak dulu saya memang pasang impian untuk menjadi seorang pengacara tapi ilmu tu belum cukup.
Amyra Rosli janjikan akan tampil dengan karakter yang berbeza.
“Sekarang apabila ditawarkan menjadi pengacara Nona, perasaan takut tu saya dah buang dan cabar diri saya,” katanya kepada mStar.
Amyra ditemui pada sidang media pengumuman hos baharu Muzik-muzik, Melodi dan Nona yang diadakan secara maya pada Isnin.
Selain penyertaan Amyra di TV3, penyanyi Sissy Iman bakal menggantikan Daiyan Trisha mengacarakan Muzik-Muzik bersama Alif Satar, manakala Nabila Huda menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari di Melodi.
Saya akan kekalkan keanggunan tapi sedikit cheeky character macam borak santai.
AMYRA ROSLI
PELAKON
Sementara itu Amyra berkata, dia akan membawa program tersebut dengan caranya tersendiri selain memberi sedikit kelainan berbanding pengacara sebelum ini.
“Untuk pertama kali memang akan nervous. Saya banyak buat research tentang program Nona dan macam mana pengacara menyampaikan idea.
“Semua orang tahu pengacara Nona elegan, anggun. Tapi kali ini ada kelainan sikit, saya akan kekalkan keanggunan tapi sedikit cheeky character macam borak santai.
“Supaya lebih dekat kepada penonton,” ujarnya.
Mira Filzah berkhidmat sebagai pengacara Nona selama tiga tahun bermula 2018.
Amyra Rosli akan mula bersiaran dalam rancangan Nona bermula 8 Ogos depan.
Terdahulu program tersebut dikendalikan oleh pelakon Mira Filzah selama tiga tahun bermula pada 2018.
Program Nona pernah dikendalikan nama-nama besar sejak mula bersiaran pada 1991 antaranya Puan Seri Normala Shamsudin, Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanida Imran, Farah Fauzana, Neelofa, dan Fouziah Ghous.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : mstar
Leave a Reply