Zahid gesa buka parlimen cepat, sekali dia p0sitif C0v!d. Rupanya bukan dia sorang je kena

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ketetapan kerajaan berhubung Parlimen hanya boleh bersidang selepas negara memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara sebagai tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Parlimen seharusnya bersidang secepat mungkin sebagai tonggak demokrasi terpenting di Malaysia.

“Saya tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini menerima dua dos svntikan v4ksin, baru Parlimen akan dibenarkan bersidang semula iaitu dianggarkan sekitar September atau Oktober tahun ini.

“Sedangkan barisan Ahli Parlimen sudah lama menerima suntikan v4ksin C0V!D.19 yang bermakna sidang Parlimen sepatutnya adalah selamat untuk diadakan,” katanya menerusi Facebook malam ini.

Ahmad Zahid berkata, lebih mengelirukan apabila dimaklumkan semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi pada fasa ketiga kecuali pada bagi aktiviti yang berada dalam senarai neg4tif. Senarai neg4tif fasa ketiga yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi j4ngkitan C0V!D.19 termasuk pub, spa dan salon kecantikan.

“Adakah ini bermakna Parlimen yang merupakan lambang demokrasi negara diletakkan dalam senarai negatif yang sama seperti pub, spa dan salon kecantikan?

“Pihak manakah yang sebenarnya sengaja cuba menimbulkan keresahan dan kecelarvan dalam kalangan rakyat berkenaan prinsip demokrasi berparlimen?” katanya.

“Sidang Parlimen masih boleh diadakan secara maya seperti yang dilakukan di kebanyakan negara lain. Parlimen sebagai badan legislatif mewakili suara serta hak rakyat dan badan perundangan tertinggi di

Malaysia. Parlimen sebagai proses semak dan imbang terhadap perbelanjaan serta pentadbiran negara supaya ia telus dan jujur demi kepentingan rakyat,” katanya.

Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan p0sitif

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang p0sitif C0V!D.19.

Kesemua 35 individu berkenaan selain Ahli-Ahli Parlimen ialah petugas-petugas Parlimen yang menjalani ujian saringan pada Jumaat, lapor portal Utusan Malaysia.

Selain itu, portal berkenaan tersebut turut melaporkan terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

Sementara itu, Astro AWANI dimaklumkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon
serta kesemua pegawainya adalah negatif C0V!D.19 selepas menjalani ujian, kata Pegawai Komunikasi Strategik beliau, Muhammad Afiq Mohd Hanif.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan tiga Ahli Parlimen didapati g4gal dalam ujian saringan C0V!D.19 semalam.

Sumber memberitahu Astro AWANI, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan kontak rapat.

Difahamkan ketujuh-tujuh Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani ku4rantin wajib.

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika membentangkan Pelan Pemulihan Negara  berkata, pembukaan semula sidang Parlimen berupaya dilakukan menjelang fasa ketiga apabila beberapa keadaan semasa dalam negara, khususnya berkaitan p4ndemik C0V!D.19 melakar perkembangan p0sitif.

Ia merangkumi penurunan purata kes harian C0V!D.19 hingga bawah 2,000 kes, manakala sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penyusutan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) ke paras mencukupi selain 40 peratus populasi menerima dua dos suntikan v4ksin.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*