Selepas TMJ, Giliran Rody Sound Syed Saddiq?

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

TMJ label Syed Saddiq 'drama queen' - Kosmo Digital

Menurut komen Tunku Ismail itu, beliau bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” katanya dalam Instagram storynya malam tadi.

Malam tadi, Syed Saddiq dalam siaran secara langsung di media sosialnya memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan. K! ONLINE

Giliran Rody pula tempelak Syed Saddiq

Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon bantuan rakyat membayar ikat jamin berjumlah RM330,000 tidak disenangi ramai.

Ia termasuklah pemain gitar kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin.

Kredit foto: IG

Di Instagram, Rody menempelak tindakan Ahli Parlimen Muar itu di kala rakyat sedang susah dengan mengatakan beliau sudah boleh mengibarkan bendera putih.

“Korang rasa, kalau jumpa depan-depan dengan mereka (ahli politik), mereka bagi tak kalau kita minta RM100?

“Esok keluar tajuk berita ‘Rakyat Malas Tak Kerja’,” tulisnya di Instastory.

Kredit foto: IG

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dibicarakan atas tuduhan pec4h amanah dana milik Parti Pribumi Bersatu berjumlah RM1 juta di Mahk4mah Se.syen Kuala Lumpur, namun mengaku tidak bersalah.

Kredit foto: IG

Rody sebelum itu juga menyarankan golongan ilmuwan dan agamawan supaya menunjukkan teladan baik dipercayai susulan kontroversi Ebit Lew, Caprice dan Nadir.

Syed Saddiq bagi tak kalau kita minta RM100 kalau berjumpa depan-depan seperti dikata Rody?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*