Ibu Syamel j4tuh s4kit, ditidurkan dalam ICU – “Sudah seminggu guna alat bantuan pernafasan“

PERASAAN sayu dan sedih menyelubungi penyanyi Syamel apabila ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, terpaksa ditidurkan akibat kekvrangan oksigen dalam badan.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, ibunya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota.

“Harap peminat dapat doakan kesihatan ibu saya agar dia cepat sembuh. Sudah tiga minggu dia sudah dimasukkan ke hospital dan ibu terpaksa ditidurkan oleh doktor sejak seminggu lalu.

“Memang sekarang ibu bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh jatuh s4kit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali.

syamel

Perkongsian Syamel di Instagram.

“Ini kali pertama ibu masuk wad sepanjang hidupnya kerana masalah kesihatan. Dia tak menghid4p sebarang pen4akit serius lain,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Syamel berkongsikan luahannya di InstaStory memohon doa daripada orang ramai untuk ibunda tercinta.

Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh j4tuh s4kit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali.

SYAMEL

PENYANYI

“Minta jasa baik anda yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak, untuk terus mendoakan yang baik-baik untuk ibu saya yang masih berada dalam ICU.

“Semoga Allah perkenankan doa-doa kita buat syurgaku yang tercinta,” katanya.

syamel2

Syamel tidak dapat melawat ibu kerana terikat dengan SOP ketat hospital.

Syamel berkata sehingga kini dia tidak dapat melawat ibunya berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital.

“Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang.

“Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan sebab orang dah berusia memang apabila dia bergerak sedikit pun dah banyak pakai oksigen.

“Doktor cakap kalau dia dah boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun dah okay dah… harap semua dapat doakan ibu saya kembali sihat seperti sedia kala,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*